- Berita
- Kereta Baru
- Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi
Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.
Ini kerana Lepas Malaysia menayangkan beberapa imej Lepas L4 berwarna merah jambu di halaman Facebooknya sekali gus memberi bayangan ia akan dilancarkan selewat-lewatnya suku pertama tahun ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai jenama Lepas. Jenama Lepas sebenarnya merupakan sub-jenama milik Chery dan dikendalikan oleh Chery Corporate Malaysia. Lepas juga merupakan jenama utama Chery dan jenama mewah Omoda | Jaecoo/iCaur.


Carz.com.my mengesahkan bahawa model ini sudah pun berada di pasaran tempatan dan kini menjalani ujian serta proses kelulusan jenis kenderaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ini menandakan, model ini akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.

Lepas L4 akan bersaing rapat dengan B-SUV premium popular seperti Proton X50 2025 versi facelift, Honda HR-V 2025 yang diperbaharui, serta Toyota Corolla Cross.
Setelah menelitinya sebelum ini dalam bentuk konsep, kami boleh mengesahkan bahawa Lepas L4 memiliki saiz dan dimensi yang meletakkannya tepat dalam segmen B-SUV.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,400 mm panjang, lebar 1,820 mm dan tinggi 1,635 mm.
Malangnya, bahagian kabinnya masih belum didedahkan setakat ini namun berdasarkan apa yang telah kita lihat pada model terdekatnya seperti seperti Chery Tiggo Cross dan Jaecoo J5 (yang juga dijangka dilancarkan tidak lama lagi), kami menjangkakan Lepas L4 bukan sahaja sebuah model mewah tetapu cukup sarat dengan pelbagai teknologi canggih yang setara dalam penawaran ‘pertengahan pasaran’ ini.

Apa yang masih menjadi tanda tanya ialah mengenai trenkuasanya.
Di pasaran luar negara, Lepas L4 ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman (ICE) serta kenderaan elektrik bateri (BEV). Maklumat mengenai versi BEV masih terhad, selain laporan jarak pemanduan WLTP yang didakwa adalah sekitar 300 km dan 450 km.
Di China, versi ICE disumbat dengan enjin petrol turbo 1.0 liter dan 1.5 liter. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik DCT 6-kelajuan. Malah, terdapat juga pilihan ketiga iaitu hibrid plug-in (PHEV) berkuasa elektrik yang menggunakan enjin petrol turbo 1.5 liter yang sama.
Buat masa ini, antara menjadi tanda tanya ialah mengenai harga! Untuk itu, apa pula pandangan anda? Agak-agak berapa harganya?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY6784
SELANGOR
BSQ2715
JOHOR
JYX1267
PULAU PINANG
PSC4364
PERAK
APH5870
PAHANG
CFG5628
KEDAH
KGG1437
NEGERI SEMBILAN
NEK4596
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8043N
Terakhir Kemas Kini 23 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lepas Bakal Masuk Malaysia, Model L6,L8 Bakal Dilancar
Beberapa model daripada jenama Lepas akan memasuki pasaran tempatan, tidak lama lagi.
20-11-2025
Jenama 'Lepas' Sah Tembusi Pasaran Indonesia – SUV L8 Model Pertama
Subjenama baharu Chery, Lepas, kini membuat kemunculan antarabangsa pertamanya di Indonesia di pameran Gaikindo Indonesia International Motor Show (GIIAS) 2025.
25-07-2025
Chery Perkenal Model Pertama Dari Jenama Baharu, Lepas L8 – Tiggo 8 Plus Jadi Inspirasi
Chery Group, pengeluar kenderaan eksport terbesar China, terus agresif memperluaskan empayar automotifnya dengan pelbagai subjenama baharu.
22-04-2025
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
SAH! Jenama Lepas Masuk Malaysia Sebab Dah Ada IG Rasmi?
Laman Instagram baharu yang bernama Lepas Malaysia (@lepasmalaysia) sudah pun wujud sejak beberapa hari lalu.
02-08-2025
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
