- Berita
- Berita Auto
- Struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang Boleh Tahan Hingga 120 Tahun Tapi Perlu Diselenggara Teliti
Struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang Boleh Tahan Hingga 120 Tahun Tapi Perlu Diselenggara Teliti

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang direka dengan jangka hayat struktur sehingga 120 tahun namun bagi mengekalkan ia bertahan selama itu, kerja-kerja penyelenggaraan perlu dilakukan secara berterusan.
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata, kerja penyelenggaraan berterusan perlu dilaksanakan secara teliti.

"Ramai melihat jambatan ini hanya sebagai laluan indah terbentang di lautan, tetapi di sebaliknya terdapat pasukan jurutera dan penyelam yang berusaha memastikan struktur ini sentiasa dalam keadaan selamat.
“Contohnya, kerja-kerja salutan pelindungan pada panel keluli yang berfungsi sebagai ‘perisai’ melindungi tiang jambatan daripada hentaman kapal dan menyerap tenaga perlanggaran,” katanya dalam hantaran Facebook rasmi beliau.


Nanta berkata kerja penyelenggaraan melibatkan penggantian plat keluli rosak akibat kakisan.
Pembersihan karat menggunakan kaedah mekanikal serta pelapisan semula dengan beberapa lapisan salutan pelindungan khas turut dijalankan.
Selain itu, jambatan berkenaan turut dilengkapi gondola yang memudahkan pasukan teknikal melakukan pemantauan pada bahagian rentang bawah jambatan dengan lebih selamat.
Kenderaan yang dikendalikan dari jauh (ROV) dan penyelam pakar juga digunakan untuk pemeriksaan di bawah air.

“Semua ini adalah usaha yang jarang terlihat oleh orang ramai tetapi ia amat penting bagi memastikan keselamatan aliran trafik darat dan laut di kawasan ini,” katanya.
Untuk makluman, Jambatan Kedua Pulau Pinang pernah dinobatkan sebagai jambatan terpanjang di ASEAN dan kekal sebagai antara projek ikonik negara.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya
3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.
24-06-2026
Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini
Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!
22-05-2026
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV
KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).
07-05-2026
Jika Boleh, Kita Mahu Setiap Inci Jalan Diterangi Lampu – Menteri KKR
Kementerian Kerja Raya mahu setiap setiap inci di jalan raya dilengkapi lampu jalan namun pihaknya mengakui berdepan kekangan sumber.
09-12-2025
SUV Junam Dalam Gaung, Siapa Alihkan Papan Tanda Di Lokasi Kemalangan
Menteri Kerja Raya menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan di Hulu Terengganu.
08-12-2025
Projek Lebuhraya Trans Borneo Bermula Tahun Depan,- Menteri
Seksyen Miri, Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB), dijangka bermula suku pertama tahun hadapan.
03-12-2025
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
