SUV PHEV Zeekr 9X: Kuasa Setanding Tiga Enjin W12, Bateri 70 kWj!

Gambar fail rasmi Zeekr 9X
Jenama kenderaan elektrik premium dibawah Geely, Zeekr, telah mendedahkan secara rasmi model hibrid plug-in (PHEV) pertamanya, SUV Zeekr 9X. Spesifikasi kenderaan ini didedahkan melalui dokumen dengan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT) China, menjelang pra-jualan yang dijangka akan mula dibuka pada hujung Ogos ini sempena Chengdu Auto Show.
Zeekr 9X adalah sebuah SUV bersaiz besar yang berukuran 5,239 mm, lebar antara 2,019 mm hingga 2,029 mm dan tinggi 1,819 mm, dengan jarak roda 3,169 mm. Beratnya pula mencecah lebih 3 tan.
Ciri-ciri tambahan yang ditawarkan pada Zeekr 9X:


Sistem Hibrid Canggih Atas Platform SEA-S Haohan-S

Zeekr 9X yang dipertontonkan di Auto Shanghai 2025 pada April lalu
SUV ini menggunakan sistem hibrid plug-in canggih yang dibangunkan atas platform modular SEA-S (Haohan-S). Trenkuasa ini terdiri daripada enjin 2.0 liter berpengecas turbo “DHE20-PFZ” oleh Aurora Bay Technology Co., yang menghasilkan kuasa mencecah 275 hp (205 kW) dengan kecekapan terma lebih daripada 46%. Enjin ini dikatakan 5% hingga 10% lebih jimat bahan api berbanding enjin hibrid 1.5T biasa.

Zeekr 9X yang dipertontonkan di Auto Shanghai 2025 pada April lalu
Enjin ini dipadankan dengan tiga motor elektrik silikon karbida, menghasilkan gabungan kuasa maksimum sehingga 1,381 hp (1,030 kW), setanding dengan tiga enjin petrol W12. Gabungan ini membolehkan Zeekr 9X membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 3.1 saat dan kelajuan maksimum 240 km/j. Menariknya, perbezaan masa pecutan antara bateri penuh dan lemah hanyalah 0.2 saat sahaja.
Bateri Freevoy Dengan Kapasiti Terbesar Dalam Kelas PHEV

Gambar fail rasmi Zeekr 9X
Zeekr 9X menampilkan bateri Freevoy oleh CATL dalam dua pilihan kapasiti iaitu 55.1 kWj dan 70 kWj. Versi 70 kWj yang digunakan adalah pek bateri PHEV penumpang yang tertinggi di dunia, memberikan jarak pemanduan elektrik sehingga 302 km mengikut standard CLTC. Dengan sistem 900V dan sokongan pengecasan pantas 6C, bateri ini mampu dicas dari 20% ke 80% dalam masa hanya 9 minit sahaja.
Pelancaran Pra-Jualan Dan Jangkaan Harga
Pra-jualan Zeekr 9X dijangka akan dimulakan semasa Chengdu Auto Show pada hujung Ogos ini, dengan pelancaran rasmi dianggarkan dalam suku ketiga. Harga jualannya dijangka akan bermula daripada RMB600,000 hingga RMB900,000 (sekitar RM410,000 hingga RM615,000), meletakkannya dalam segmen kenderaan mewah.
Sumber: CarNewsChina
Baca: SUV Ultra Mewah, Zeekr 9X Grand Didedahkan Di China – PHEV Off-Road
Baca: Auto Shanghai 2025: Zeekr Tayang SUV Mewahnya, Zeekr 9X
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2941
SELANGOR
BSU8259
JOHOR
JG9057J
PULAU PINANG
PSH2155
PERAK
APM7201
PAHANG
CFJ3375
KEDAH
KGJ7082
NEGERI SEMBILAN
NEM5043
KOTA KINABALU
SJU9837
KUCHING
QAB9448P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge