ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 – Tarik Lebih 100,000 Pengunjung!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

TASKL-2025-11.jpg


Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2025 melabuhkan tirainya dengan catatan kehadiran lebih 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya iaitu dari 8 hingga 10 Ogos lalu di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).


Ikon Talaan Jepun & Barisan Kereta Legenda 


Edisi tahun ini menyaksikan kemunculan semula beberapa jenama talaan popular dari negara Jepun seperti Top Secret Japan, RE Amemiya dan Veilside, selain kehadiran beberapa peserta baharu lain. 


Caricarz-MBA-TASKL-2025-6.jpgCaricarz-MBA-TASKL-2025-43.jpgCaricarz-MBA-TASKL-2025-62.jpgCaricarz-MBA-TASKL-2025-66.jpgCaricarz-MBA-TASKL-2025-46.jpgCaricarz-MBA-TASKL-2025-45.jpg


Antara jentera legenda yang dipertontonkan di TASKL 2025 ialah Top Secret VR32 Stealth Nissan GT-R, duo Liberty Walk iaitu Ferrari F40 dan Nissan Super Silhouette R34 GT-R, RE Amemiya’s Matsukiyo Kizami 3Rotar NA-7, kereta konsep Nissan GT-R R356C oleh CREWCH, Mazda RX-7 dari Veilside, Toyota Century oleh ALESS dan banyak lagi.


TASKL-2025-5.jpgTASKL-2025-4.jpgTASKL-2025-12.jpg


TASKL kali ini juga dihiasi dengan kehadiran beberapa tokoh besar dunia talaan dan JDM. Antaranya ialah Hiroshi Tamura, dikenali sebagai bapa kepada GT-R moden dan Nissan Z, pengasas Liberty Walk Wataru Kato beserta anaknya Hyuma Kato, legenda Top Secret Japan Smokey Nagata, Presiden J’S Racing Hisaaki Murakami, dan Ken Amemiya dari RE Amemiya. Kehadiran mereka menambahkan seri acara ini dan menarik perhatian pengunjung peminat JDM sejati.


Pertandingan Pengubahsuaian Kereta & Himpunan Kelab Automotif


TASKL-2025-14.jpgCaricarz-MBA-TASKL-2025-44.jpgTASKL-2025-8.jpgTASKL-2025-10.jpg


Selain pameran jentera hebat dan VIP tersohor, TASKL 2025 juga mengadakan pertandingan pengubahsuaian (auto styling competition) untuk kereta-kereta modifikasi terkemuka dari Malaysia dan negara-negara serantau. Penilaian dibuat oleh panel khas terdiri daripada pakar talaan Jepun bagi memastikan kualiti dan kreativiti dipilih secara adil. Di samping itu, acara turut meriah dengan kehadiran beberapa kelab kereta yang memeriahkan suasana.


Jenama Tempatan Sertai Pameran


Caricarz-MBA-TASKL-2025-74.jpgCaricarz-MBA-TASKL-2025-81.jpg


Bukan sekadar kereta, jenama-jenama alat ganti popular dan penala tempatan turut aktif menyertai pameran ini. Antara yang terlibat ialah Greddy, Tomei, Nissan, Goodyear Tyres, Castrol, Liqui Moly, Rimbunan Kuasa Auto Parts, Exeedy Malaysia, F Tuned Suspension, Pandem, House of Type R, Qartel dan banyak lagi.


Kolaborasi Istimewa Dengan The Model Car Show Malaysia (TMCS)


Caricarz-MBA-TASKL-2025-58.jpgCaricarz-MBA-TASKL-2025-77.jpg


Keistimewaan TASKL 2025 kali ini turut dirasai dengan penganjuran serentak The Model Car Show Malaysia (TMCS). Pelancaran model-model diecast edisi terhad turut berlangsung antaranya Toyota Supra MK4 Matte Frost Yellow edisi khas Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur, J’S Racing-Hyper Race Motorsports S2000 dan koleksi 1/64 keluaran Tomica khas untuk TASKL 2025.


TASKL-2025-6.jpgTASKL-2025-15.jpg


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Element X Strategies, Jason Yap, pemegang lesen rasmi Tokyo Auto Salon di Malaysia, "Senyuman, gelak tawa dan semangat para pengunjung sepanjang acara ini jelas terlihat melalui ribuan perkongsian di media sosial yang menunjukkan pengalaman mereka bertemu legenda talaan dan menyaksikan kereta-kereta luar biasa. Semua usaha kami membuahkan hasil.”

TASKL-2025-16.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ7812

SELANGOR

BST8542

JOHOR

JE5243J

PULAU PINANG

PSF6958

PERAK

APL5901

PAHANG

CFH7852

KEDAH

KGJ1946

NEGERI SEMBILAN

NEL9380

KOTA KINABALU

SJU2063

KUCHING

QAB5922P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

14-08-2025
Berita Auto

08-07-2025
Gaya Hidup

28-03-2025
Berita Auto
Berita Auto

17-07-2024
Berita Auto

27-10-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Berita Auto

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.