ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Wagon Paling Laju, BMW M3 CS Touring Catat Masa 7 Minit 29 Saat Di Litar Nurburgring

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW baru sahaja mencipta satu lagi rekod di Nürburgring apabila BMW M3 CS Touring memecahkan rekod sebagai wagon terlaju apabila mencatatkan masa 7 minit 29 saat di litar Nürburgring sepanjang 20.832 km, baru-baru ini.

Apa yang cukup mengagumkan ialah rekod ini  menjadikan kereta berjenama M3 yang mempunyai lima tempat duduk dan ruang kargo yang luas ini lebih laju daripada sesetengah kereta sport  seperti Camaro ZL1 dan C8 Corvette.

Jika dibandingkan dengan model semasa daripada barisan BMW Bavaria, M3 CS Touring hanya kurang daripada satu saat lebih perlahan berbanding versi saloon kembarnya, namun masih jauh untuk menyamai prestasi M4 CSL yang lebih ekstrem.

image.pngimage.png

Untuk makluman,  model BMW pengeluaran terpantas yang mencatatkan masa 7:18.137 di litar tersebut.

Yang menjadikan pencapaian ini lebih menarik adalah  M3 CS Touring dipandu oleh Jörg Weidinger yang juga merupakan jurutera pembangunan BMW M. Sebelum memegang jawatan kejuruteraan di BMW, Weidinger ialah seorang pemandu perlumbaan dan juara perlumbaan mendaki bukit, jadi beliau memang memiliki pengalaman berdasarkan perlumbaan terdahulunya.

Dilancarkan awal tahun ini, M3 CS Touring ialah versi yang lebih fokus dari M3 Touring, dengan peningkatan prestasi, casis, dan aerodinamik, namun masih mengekalkan tahap praktikaliti yang hampir sama. 

image.png

Sebagai permulaan, enjin S58 3.0 liter enam sebaris turbo berkembar kini ditala untuk menghasilkan kuasa setakat 543 hp, dengan kuasa disalurkan ke keempat-empat roda (AWD) melalui sistem M xDrive dan transmisi automatik 8-kelajuan yang dibekalkan oleh ZF.

Hasil daripada peningkatan kuasa ini, BMW mendakwa M3 CS Touring mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam hanya 3.5 saat, dengan kelajuan maksimum mencecah 300 km/j.

Untuk menyokong kuasa ini, jurutera BMW M juga telah mengubah suai geometri suspensi dan memberikan sistem brek yang lebih mantap, selain trurut menawarkan  cakera seramik karbon sebagai pilihan.

image.png

Walaupun mempunyai prestasi setanding dengan kereta supercar, M3 CS Touring tetap menawarkan tahap praktikaliti seperti mana-mana model wagon lain.

Ia mengekalkan susun atur lima tempat duduk seperti model standard 3 Series Touring, dan  menawarkan ruang but sebanyak 500 liter, yang boleh ditingkatkan kepada 1,510 liter apabila tempat duduk belakang direbahkan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BMW M, Franciscus van Meel berkata,  BMW M3 CS Touring akan menetapkan standard baharu dalam aspek dinamik.

"Dengan catatan masa di bawah 7:30 minit, model ini dengan jelas membuktikan bahawa konsep kenderaan ini menggabungkan DNA perlumbaan dengan kebolehgunaan harian secara sempurna," ujarnya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

30-01-2025
Global

31-05-2023
Global

06-02-2023
Global

12-01-2023
Berita Auto

08-08-2022
Global

01-08-2025
Global

30-01-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.