ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Brabus 1000, Kuasa Enjin "Meroket"

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Brabus yang menggunakan talaan  Mercedes-AMG GT63S E Performance "melahirkan" sebuah model yang dikenali sebagai Brabus 1000 dimana ia mampu menghamburkan kuasa cukup mengagumkan iaitu setakat 1,000 PS dan tork 1,620 Nm.

Ia  menggunakan enjin V8 petrol 4.0 liter dwi-turbo AMG, namun dinaik taraf kepada  lebih 4.4 liter berikutan pembesaran diameter silinder kepada 84 mm. Selain menggunakan piston baru,  Brabus ini turut dilengkapi dengan crankshaft aluminium jenis billet  sepanjang 100 mm

image.pngimage.png

Dengan sistem pacuan semua roda (AWD) AMG, Brabus 1000 mampu memecut 0-100 KM/J dalam hanya 2.6 saat, berbanding 2.8 saat pada versi asal. Sebagai perbandingan, McLaren W1 mengambil masa 2.7 saat.

Bagi pecutan dari 0-200 km/j pula, ia mampu memecut hanya dalam masa   9.5 saat manakala 0-300 km/j dalam masa 23.6 saat. Biarpun kuasanya tingkatkan, Brabus masih mengekalkan disiplin dengan menghadkan kelajuan maksimum secara elektronik kepada 320 km/j.

image.png

Dari segi kawalan, Brabus 1000 dilengkapi dengan kit aerodinamik hasil ujian terowong angin  termasuk sayap belakang tetap, canard hadapan, splitter hadapan serta diffuser belakang.

Bagi roda, model ini menggunakan rekaan Monoblock Z 10-jejari khas Brabus bersaiz 21 inci (hadapan) dan 22 inci (belakang), digandingkan dengan sistem suspensi boleh laras tinggi dan spring sport yang dibangunkan bersama KW.

image.png

Menejngah bahagian kabinnya,  Brabus 1000 tampil dengan balutan kulit hitam bermotif quilted yang meliputi bahagian tempat duduk, karpet lantai, hingga ke pelapik ruang but. 

Menambahkan sentuhan eksklusif, terdapat trim gentian karbon dengan nombor ‘77’ terukir iaitu merujuk kepada tahun penubuhan Brabus pada 1977.

Adakah anda teruja dengan versi ekstrem Brabus ini? Kongsikan pendapat anda! 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT2162

SELANGOR

BSU2927

JOHOR

JF4049J

PULAU PINANG

PSG2327

PERAK

APM264

PAHANG

CFH9528

KEDAH

KGJ3877

NEGERI SEMBILAN

NEM2153

KOTA KINABALU

SJU4604

KUCHING

QAB7285P

Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global
Brabus Rocket GTC – Sebuah 'Hyper Gran Turismo Cabrio' Capai 986 HP

Brabus Rocket GTC – Sebuah 'Hyper Gran Turismo Cabrio' Capai 986 HP

Brabus, firma talaan terkenal dari Jerman, memperlihatkan hasil rekaan terbarunya yang dibangunkan berdasarkan model Mercedes-AMG SL Roadster semasa acara Monterey Car Week baru-baru ini.

25-08-2025
Gaya Hidup
Pulau Brabus Dibina Di Abu Dhabi – 350 Apartmen & 100 Vila Mewah Cecah RM35 Juta Seunit

Pulau Brabus Dibina Di Abu Dhabi – 350 Apartmen & 100 Vila Mewah Cecah RM35 Juta Seunit

Brabus kini sedang membina sebuah pulau eksklusif khas untuk golongan ‘ultra’ kaya dengan pembinaan Brabus Island yang kini sedang dibangunkan di kawasan tepi laut.

05-05-2025
Global
smart #5 Brabus EV Paling Berkuasa Jenama Setakat Ini Diperkenalkan

smart #5 Brabus EV Paling Berkuasa Jenama Setakat Ini Diperkenalkan

Selepas lebih setengah tahun sejak pengenalan rasmi model terbesarnya, smart #5, akhirnya jenama ini tampil dengan versi paling berkuasa setakat ini, smart #5 Brabus.

11-04-2025
Berita Auto
Lagi Pusat Pengedar Kereta smart di JB

Lagi Pusat Pengedar Kereta smart di JB

smart Malaysia bakal membuka pusat pengedar kedua di Johor Bahru pada suku keempat tahun ini.

14-08-2024
EV
smart #5 Versi Pengeluaran Didedahkan Di China Sebelum Pengenalan Rasmi – Capai 637 HP!

smart #5 Versi Pengeluaran Didedahkan Di China Sebelum Pengenalan Rasmi – Capai 637 HP!

Versi pengeluaran untuk smart #5 telah didedahkan di China lebih awal daripada hari kemunculan rasminya. Ini spesifikasinya...

14-06-2024
Berita Auto
Tahniah Proton, Jenama Yang Tetap Di Hati Orang M'sia

Tahniah Proton, Jenama Yang Tetap Di Hati Orang M'sia

PROTON bersama anak syarikatnya PRO-NET, meraikan pencapaian luar biasa baru-baru ini.

09-05-2024
Global
Brabus Pertontonkan Model Off-Road Yang Gagah Dan Mewah: 900 XLP 'One Of Ten'

Brabus Pertontonkan Model Off-Road Yang Gagah Dan Mewah: 900 XLP 'One Of Ten'

Brabus kini tambil dengan sebuah supercar, 900 XLP 'One Of Ten', ini perinciannya.

29-05-2022

Berita Terkini

Global
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global
EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.