Wuling Bingo S Dari RM40K Di Pasaran China – Lebih Praktikal, 430 KM

Selain model elektrik TQ Wuling Bingo yang bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi, kini muncul versi lebih besar di pasaran China, Wuling Bingo S, yang dijual pada harga bermula dari CNY 68,800 hingga CNY 81,800 (sekitar RM40,375 hingga RM48,004).
Lebih Luas & Praktikal – SUV Segmen B

Wuling Bingo S tiba dalam versi lebih besar berbanding model standard, Bingo, dengan ukuran 4,265 mm panjang, 1,785 mm lebar dan 1,600 mm tinggi serta jarak roda sepanjang 2,610 mm menjadikannya setanding dengan hatchback elektrik segmen B lain seperti Geely Xingyuan dan BYD Dolphin.


Dari segi reka bentuk, Bingo S kelihatan seperti gabungan rekaan Geely Xingyuan dan BYD Dolphin dengan ciri-ciri unik Wuling. Model ini mempunyai lampu depan LED berbentuk segitiga bulat, sudut depan tanpa gril dengan lubang udara trapezium yang besar, lampu belakang LED yang melintang berkelebaran penuh, rim aloi dua tona bersaiz 16 inci dan pilihan warna bumbung hitam yang memberikan efek bumbung seolah-olah terapung.
Kabin Minimalis Tetapi Canggih


Bahagian dalamnya diberikan sentuhan minimalis dengan pilihan warna coklat atau putih. Kabin dilengkapi skrin infotainmen terapung 12.8 inci, paparan meter LCD penuh 8.8 inci, stereng tiga jejari, corong pendingin hawa menegak, serta konsol tengah terapung dengan pengecas tanpa wayar 50 watt.


Tempat duduk hadapan boleh dilaraskan secara manual, sistem audio enam pembesar suara, fungsi kawalan jauh menggunakan aplikasi telefon pintar, pembantu suara kecerdasan buatan (AI) terbina dalam (built-in) serta 25 ruang simpanan di serata kabin.
Walaupun saiznya kelihatan kompak dari luar, Wuling Bingo S sangat praktikal dengan ruang but boleh diperluas sehingga 1,450 liter sekiranya tempat duduk belakang dilipat.
Ciri Mekanikal

Dikuasakan oleh motor elektrik tunggal dengan kuasa 101 hp (75 kW) dan tork 180 Nm, prestasinya lebih mantap berbanding Wuling Bingo standard. Kelajuan maksimum dihadkan pada 150 km/j. Dua pilihan bateri LFP disediakan, 31.9 kWj dan 41.9 kWj, dengan jarak pemanduan masing-masing 325 km dan 430 km (mengikut piawaian CLTC).
Dengan pengecas pantas DC, kira-kira 35 minit diperlukan untuk mencapai pengecasan 30% ke 80%. Pengecasan AC mengambil masa 9.5 jam (bateri kecil) dan 6.5 jam (bateri besar) dari 20% hingga 100%.

Berdasarkan spesifikasi ini, Wuling Bingo S boleh memberikan saingan kepada model Proton e.MAS 5 yang bakal dilancarkan nanti, selain BYD Dolphin. Yang mana satu yang paling anda nantikan daripada Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH)? Bingo S atau Bingo?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge