Zeekr 7X Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM179,800

Sebentar tadi, Zeekr Malaysia telah secara rasmi melancarkan SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, untuk pasaran tempatan. Model yang pernah membuat penampilan sulungnya di Malaysia di acara Malaysia Autoshow 2025 bulan Mei lalu, ditawarkan dalam tiga varian iaitu RWD Standard, RWD Long Range dan AWD Performance. Harga jualannya bermula daripada RM179,800.
Model ini berdiri pada ukuran 4,787 mm panjang, 1,930 mm lebar dan 1,650 mm tinggi dengan jarak roda 2,900 mm dan diposisikan sebagai pesaing bagi kenderaan elektrik (EV) lain seperti Tesla Model Y (RM195,450 – RM242,450), BYD Sealion 7 (RM183,800 – RM199,800) dan XPeng G6 (RM168,000 – RM188,000).
Rekaan Zeekr 7X
![]()
Dari segi rekaan, model yang dibangunkan di atas platform Sustainable Experience Architecture (SEA) oleh Geely ini tampil futuristik dengan garis halus pada sisi kiri dan kanan hud, menghubungkan panel fender secara harmoni.
Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Crystal White, Onyx Black, Tech Grey, Forest Green dengan satu pilihan warna tema kabin iaitu hitam. Varian AWD Performance didatangkan dengan satu lagi warna lain (dengan caj tambahan) iaitu gabungan Brooke Blue dan dengan bumbung perak serta pilihan warna kabin sama ada ungu atau putih. Rim tempaan berukuran 21 inci turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan.
Ciri Mekanikal Zeekr 7X


Dari segi prestasi, Zeekr 7X ditawarkan dalam dua pilihan pacuan iaitu RWD dan AWD. Untuk versi RWD yang terdiri daripada varian Standard dan Long Range, dilengkapi motor elektrik tunggal di bahagian belakang yang menghasilkan kuasa 416 hp dan tork 440 Nm, membolehkan pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6 saat.
Sementara itu, versi AWD pula menjanjikan prestasi lebih mantap dalam varian Performance. Varian ini hadir dengan dua motor yang menghasilkan sehingga 637 hp dan 710 Nm tork, menjadikan masa pecutan kepada hanya 3.8 saat.
Dari segi jarak pemanduan, varian Standard menawarkan sehingga 480 km, varian Long Range mencapai 615 km, manakala varian Performance sehingga 543 km mengikut piawaian WLTP.
Dari aspek teknologi pengecasan, Zeekr 7X dibangunkan berdasarkan platform elektrik 800 volt yang canggih. Kesemua varian menyokong pengecasan AC sehingga 22 kW, untuk pengecasan pantas DC, varian Standard menyokong sehingga 450 kW, sementara varian Long Range dan Performance menyokong sehingga 420 kW.
Varian AWD Performance turut dilengkapi dengan sistem suspensi udara aktif, peredam adaptif CDC, sistem kawalan traksi yang diagihkan (dTCS)
Kabin Zeekr 7X







Bahagian dalaman Zeekr 7X dilengkapi dengan kemudahan terkini termasuk skrin infotainmen Mini-LED 3.5K 16 inci, sistem audio 21 pembesar suara dengan teknologi Zeekr Sound Pro System, tempat duduk kulit Nappa (AWD Performance) serta tempat duduk penumpang yang dilengkapi fungsi pengudaraan, memori dan urutan. Ciri menarik lain ialah pencahayaan ambien 256 warna RGB yang merangkumi 11 zon lampu.
Ciri Keselamatan Zeekr 7X
Dalam aspek keselamatan, kenderaan ini mempunyai ciri-ciri canggih seperti Sistem ADAS Tahap 2.5 yang termasuk pertukaran lorong automatik, kawalan jelajah adaptif, bantuan kekal lorong, amaran perlanggaran hadapan dengan brek autonomi, amaran pembukaan pintu, pengesanan titik buta dan bantuan parkir automatik.
Baca: Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran
Pembelian & Jaminan
Zeekr 7X ditawarkan pada harga RM179,800 (RWD Standard), RM190,800 (RWD Long Range), dan RM226,800 (AWD Performance). Pembelian termasuk jaminan kenderaan selama 5 tahun atau 150,000 km, jaminan bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000 km serta perkhidmatan sambungan percuma selama 1 tahun untuk akses aplikasi Zeekr, navigasi dalam kenderaan dan kemas kini perisian secara over-the-air (OTA).
Pakej keistimewaan pemilik turut disertakan dengan pengecas dinding (wallbox) 22kW dan tinted cermin percuma.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD7330
SELANGOR
BSR1710
JOHOR
JYB3950
PULAU PINANG
PSD3423
PERAK
APJ4267
PAHANG
CFG8759
KEDAH
KGG6703
NEGERI SEMBILAN
NEK7426
KOTA KINABALU
SJS5734
KUCHING
QAB632P
Terakhir Kemas Kini 27 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Berita Terkini
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat