- Berita
- Berita Auto
- Spesifikasi Zeekr 7X Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan – Lancar Dalam Masa Terdekat?
Spesifikasi Zeekr 7X Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan – Lancar Dalam Masa Terdekat?

Zeekr Malaysia telah mengumumkan spesifikasi penuh SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, menerusi risalah rasmi yang kini boleh didapati di laman web rasminya, menandakan kedatangan model ini tidak lama lagi. Model yang membuat kemunculan sulung di negara ini semasa Malaysia Autoshow 2025 pada Mei lalu, ditawarkan dalam tiga varian iaitu RWD Standard, RWD Long Range dan AWD Performance dengan harga indikatif bermula daripada RM182,000 untuk 500 pelanggan pertama.
Model ini diposisikan antara Tesla Model Y, BYD Sealion 7 dan XPeng G6, yang turut dijual dalam pelbagai varian di Malaysia. Tesla Model Y berharga antara RM195,450 hingga RM242,450, BYD Sealion 7 dari RM183,800 hingga RM199,800 dan XPeng G6 antara RM168,000 hingga RM188,000.
Ciri Mekanikal Zeekr 7X
Varian RWD menggunakan motor tunggal di belakang menghasilkan 310 kW (416 hp) dan 440 Nm tork dengan pecutan 0-100 km/j dalam 6 saat. AWD Performance hadir dengan motor tambahan di bahagian depan dengan kuasa 475 kW (637 hp) dan tork 710 Nm, memendekkan waktu pecutan kepada 3.8 saat.


Jarak perjalanan WLTP ialah 480 km (RWD Standard dengan bateri LFP 75 kWj), 615 km (RWD Long Range dengan bateri NMC 100 kWj) dan 543 km (AWD Performance juga dengan bateri NMC 100 kWj).
Dibangunkan dengan binaan elektrikal 800 volt, semua varian menyokong pengecasan AC 22 kW. Manakala untuk pengecasan pantas, DC, varian RWD Standard menerima input sehingga 450 kW (kerana penggunaan bateri LFP), manakala RWD Long Range dan AWD Performance pula sehingga 420 kW.


Varian AWD Performance hadir dengan ciri lebih canggih untuk keselesaan maksimum seperti suspensi udara aktif, peredam adaptif CDC dan pintu bukaan automatik.
Baca: SUV Elektrik Zeekr 7X Bakal Dilancarkan Suku Ke-3 2025 - Cas Sepantas 10.5 Minit!
Rekaan Zeekr 7X
Model yang dibangunkan di atas platform Sustainable Experience Architecture (SEA) oleh Geely ini berdiri pada ukuran panjang 4,787 mm, lebar 1,930 mm dan tinggi 1,650 mm dengan jarak roda 2,900 mm.





Ruang kabin dilengkapi skrin sentuh Mini-LED 16 inci, paparan digital pemandu 13.02 inci, sistem audio Dolby Atmos 21 pembesar suara, tempat duduk dalam balutan kulit Nappa, ciri pengudaraan dan urutan untuk tempat duduk depan, serta bumbung kaca panoramik.
Ciri Keselamatan Zeekr 7X
Sistem keselamatan Zeekr termasuk ADAS Tahap 2, kawalan jelajah adaptif, kawalan pengekalan lorong, brek kecemasan autonomi, pemantauan titik buta dan kamera 360 darjah dengan paparan casis lutsinar.
Harga Indikatif Zeekr 7X
Harga jualan indikatif Zeekr 7X untuk 500 pelanggan pertama ialah RM182,000 (RWD Standard), RM195,000 (RWD Long Range) dan RM230,000 (AWD Performance).

Baca: Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD
Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.
13-02-2026
Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?
Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.
09-02-2026
Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026
Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X.
22-01-2026
Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini
Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.
06-01-2026
Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000
Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.
22-12-2025
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
