ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Cas EV Di Pulau Pinang Dengan Mudah, ChargeSini Kini Dalam Aplikasi PEARL 2.0

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pearl-2-ChargeSini-Caricarz-(14).jpg


Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperkenalkan versi terkini platform digital serba guna, PEARL One Touch Penang 2.0, yang hadir dengan antara muka (interface) yang lebih kemas dan lebih banyak perkhidmatan. Inovasi ini bertujuan memudahkan urusan harian penduduk, perniagaan dan pelancong di negeri ini.


Integrasi Pengecas EV ChargeSini


Pearl-2-ChargeSini-Caricarz-(4).jpgPearl-2-ChargeSini-Caricarz-(3).jpg


Ciri utama kemas kini kali ini adalah integrasi sistem pengecas kenderaan elektrik (EV) ChargeSini ke dalam aplikasi, sejajar dengan aspirasi kerajaan Persekutuan dan negeri untuk memacu mobiliti hijau. Pengguna kini boleh mencari dan membuat pembayaran secara terus untuk stesen pengecas EV di seluruh Pulau Pinang melalui aplikasi ini, menjadikan penggunaan kenderaan elektrik lebih praktikal dan mudah.


Pulau Pinang Capai 600 Pengecas EV


Kerajaan Malaysia menyasarkan untuk menyediakan 10,000 pengecas EV menjelang akhir tahun 2025, setakat ini, Pulau Pinang telah mencapai 600 unit, separuh daripadanya di bawah pengurusan MBPP. Jumlah tersebut berjaya dicapai negeri ini melalui usaha proaktif MBPP yang telah mengubah suai ruang letak kereta sedia ada, termasuk kawasan tepi jalan dan kompleks MBPP menjadi tempat pengecas EV.


Pearl-2-ChargeSini-Caricarz-(2).jpg


Sehingga Januari 2025, sebanyak 52 pengecas telah dipasang di 26 lokasi termasuk 50 unit pengecas pantas DC (DCFC) 60kW dan dua unit pengecas AC 22kW. Pada April, sebanyak 48 unit pengecas sudah mula beroperasi, manakala empat lagi masih menunggu pengaktifan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengambil masa agak lama.


Kos Pengecasan


Pearl-2-ChargeSini-Caricarz-(8).jpgPearl-2-ChargeSini-Caricarz-(7).jpg


Harga pengecasan di lokasi berkenaan ialah RM1.09 per kWj bagi pengecas AC dan RM1.39 per kWj untuk pengecas pantas DC, yang mana pembayaran boleh dibuat dengan  mudah menggunakan aplikasi PEARL.


Fasa Kedua & Perancangan Masa Depan


Pearl-2-ChargeSini-Caricarz-(9).jpg


MBPP sedang merancang pemasangan fasa kedua dengan tambahan 27 lokasi yang dijangka siap menjelang Disember 2025. Langkah ini penting bagi memenuhi pertambahan penggunaan EV serta memastikan negeri ini mempunyai infrastruktur pengecasan yang cukup.


PEARL 2.0 Platform Pelbagai Fungsi


Selain fungsi pengecasan EV, PEARL 2.0 kekal menjadi platform sehenti bagi perkhidmatan elektronik MBPP serta ciri-ciri gaya hidup lain, selaras dengan visi MBPP menjadikan Pulau Pinang lebih pintar, hijau dan inklusif seperti yang disasarkan dalam agenda Penang2030.

Baca: Nisbah Pengecas EV Malaysia Lebih Baik Daripada Thailand, Tetapi...

Baca: "Kita Mampu Capai 10,000 Pengecas EV Tahun Ini" – Timbalan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ7812

SELANGOR

BST8542

JOHOR

JE5243J

PULAU PINANG

PSF6958

PERAK

APL5901

PAHANG

CFH7852

KEDAH

KGJ1946

NEGERI SEMBILAN

NEL9380

KOTA KINABALU

SJU2063

KUCHING

QAB5922P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-05-2026
EV

23-04-2026
EV

12-04-2026
EV

04-11-2025
EV

12-07-2025
EV

23-05-2025
EV

07-05-2025
EV

13-03-2025

Berita Terkini

EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.