Charge+ & XPeng Bekerjasama Bangunkan Pengecas Pantas Rentas Sempadan

Charge+, penyedia stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara, telah menjalin kerjasama strategik dengan pengeluar EV dari China, XPeng, untuk membina rangkaian pengecasan pengecas pantas rentas sempadan yang menawarkan kelajuan pengecasan sehingga 480 kW.
Inisiatif ini diumumkan dalam sebuah majlis di Singapura yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Charge+, Ong Tze Boon, Pengurus Besar Pengecasan XPeng, Gao Xiang dan barisan pemimpin industri lain.
Rangkaian Pengecasan Pantas Berkepanjangan 5,000 KM
-full_normal.jpg)
Rangkaian ini akan menghubungkan pelan laluan pengecasan DC Charge+ sepanjang 5,000 km yang melibatkan Singapura, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam melalui kira-kira 45 stesen pengecasan yang terletak dalam jarak lebih kurang 120 km antara satu sama lain di sepanjang lebuh raya utama.
Empat lokasi pertama dalam rangkaian ini sudah mula beroperasi, termasuk Royal Square Novena dan Downtown East di Singapura, One Bangkok di Thailand serta KL Eco City di Malaysia. Di KL Eco City, enam stesen pengecasan ultra-pantas dengan kapasiti sehingga 350 kW telah dibangunkan dan dibuka untuk penggunaan semua jenama EV pada kadar RM1/kWj sementara dalam tempoh percubaan.
Teknologi Pengecasan Tercanggih XPeng

EV terbaru XPeng, termasuk model G6 Facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, direka untuk mengoptimumkan rangkaian pengecasan ini dengan teknologi bateri 5C yang membolehkan pengecasan dari 10% ke 80% hanya dalam masa 12 minit menggunakan kuasa puncak 451 kW.
Pemilik kenderaan XPeng diberi keistimewaan menikmati diskaun selama tiga tahun di stesen pengecasan Charge+ XPeng ini. Menjelang akhir tahun 2025, aplikasi XPeng akan diintegrasikan dengan sistem Charge+, membolehkan pencarian, pembayaran dan pengurusan pengecasan dilakukan terus dari dalam kenderaan.
-full_normal.jpg)
Charge+ mendakwa pengecas baharu yang bakal dilancarkan itu nanti menyokong kuasa sehingga 480 kW, antara yang terpantas di rantau ini, dengan kabel penyejuk jenis cecair dan sistem pemantauan keselamatan canggih.
Perkembangan Ekosistem EV ASEAN
Di Malaysia, Charge+ sudah menjalinkan kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), ChargeSini dan PRO-NET milik Proton untuk memperluaskan jaringan pengecasan terutama di kawasan bandar dan kondominium.
Baca: Tempahan Minat Xpeng G6 Facelift 2025 Kini Dibuka
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1276
SELANGOR
BSS7139
JOHOR
JC4099J
PULAU PINANG
PSE6762
PERAK
APK6459
PAHANG
CFH4494
KEDAH
KGH5347
NEGERI SEMBILAN
NEL4302
KOTA KINABALU
SJT5355
KUCHING
QAB4024P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW
BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.
06-08-2026
Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam
Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.
04-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan
Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.
28-07-2026
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?
Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan
24-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat