Ini Dia SUV GWM Ora 5 Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia

Beberapa gambar GWM Ora 5 sudah pun bocor di media sosial pada awal bulan ini dan akhirnya SUV elektrik itu didedahkan di China, baru-baru ini.
Model ini dikatakan mampu bersaing dengan BYD Atto 3.
Seperti dilaporkan sebelum ini, GWM Ora , pada awalnya dilaporkan sebagai ‘GWM Ora Cat’ berdasarkan nama yang difailkan dengan MIIT China dilihat mempunyai banyak persamaan dari segi bentuk EV GWM Ora Good Cat. Namun perlu ditegaskan sekali lagi, ini adalah kereta yang berbeza sama sekali.


Perbezaan tersebut jelas dilihat saiz Ora 5 dimana ia berukuran 236 mm lebih panjang dengan 70 mm jarak roda lebih besar, 58 mm lebih lebar dan 45 mm lebih tinggi daripada Good Cat. Selain saiz, terdapat juga butiran lain yang membezakan model ini daripada ‘kembar hatchback’ yang disebutkan itu.

Antara perbezaan utama ialah terdapat penambahan rel bumbung baharu yang tampak lebih lasak, serta struktur ‘glasshouse’ yang berbeza pada Ora 5 kerana ia lebih panjang dan tegak. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa SUV EV ini tidak berkongsi badan yang sama dengan hatchback Good Cat.
Bagaimanapun, tidak dinafikan ada beberapa ciri yang dikongsi dengan Good Cat seperti lampu hadapan full-LED berbentuk bujur (oval), lampu belakang ‘dawn’ full-width yang menonjol dan diintegrasikan ke dalam cermin belakang, serta reka bentuk bampar hadapan dengan saluran udara tengah yang diapit oleh saluran menegak di penjuru.

Bahagian dalamannya juga menyerupai kabin Good Cat hatchback. Antaranya ialah reka bentuk konsol tengah yang lebih konvensional, lengkap dengan pengecas tanpa wayar, tempat letak cawan dan perehat tangan.


Antara persamaan dengan GWM Ora Good Cat versi facelift terbaharu untuk pasaran China ialah perisian infotainmen GWM Coffee OS terkini, serta paparan instrumen digital 10.25 inci dan skrin infotainmen terapung tengah 14.6 inci.
Satu tambahan unik di sini ialah bumbung kaca panoramik besar, namun mungkin yang lebih mengagumkan adalah tempat duduk belakang yang boleh direbahkan sehingga 128 darjah serta mod ‘ottoman’.
Lebih menarik, terdapat sekurang-kurangnya 33 tempat penyimpanan barang di dalam kereta ini.

Beralih ke trenkuasanya, GWM Ora 5 menggunakan motor elektrik hadapan dengan output 204 PS (150 kW) yang memacu roda hadapan (FWD). Ia dipadankan dengan pek bateri jenis LFP, namun kapasiti serta jarak pemanduan masih belum didedahkan.
Satu lagi perbezaan ketara yang boleh dilihat ialah kehadiran sensor LiDAR yang dipasang pada bumbung. Pendek kata, versi pasaran China untuk GWM Ora 5 dijangka menawarkan keupayaan pemanduan separa autonomi tahap tinggi (sekurang-kurangnya Tahap 2+).

Buat masa ini, tiada pengumuman rasmi bilakah GWM akan mula memasarkan SUV EV Ora 5 baharu ini di pasaran domestik China, namun dijangka ia akan bermula tidak lama lagi.
Memandangkan model ini bakal bersaing dengan BYD Atto 3, besar kemungkinan ia juga akan dieksport ke pasaran luar negara.
Sehingga itu, apa pedapat anda semua? Adakah anda menggemari ‘kembar’ Good Cat ini yang lebih besar, lebih tinggi, dan sedikit lebih lasak? Kongsikan pandangan anda di ruangan di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



