ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cuti Sekolah: Ramainya Bercuti Ke Thailand

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Sempadan Malaysia-Thailand sesak teruk!

Memetik laporan Kosmo, seramai 17,030 rakyat di negara ini direkodkan ke negara jiran itu  sempena musim cuti sekolah dan cuti umum Hari Malaysia, sejak semalam.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, daripada jumlah itu, seramai 15,718 adalah rakyat Malaysia diikuti 975 warga Thailand, Indonesia (85), China (50), India (22) dan negara lain (180).

Katanya, bagi laluan masuk ke Malaysia pula merekodkan seramai 4,941 orang terdiri daripada 3,011 rakyat Malaysia, Thailand (1,567), Indonesia (171), China (29), India (13) dan negara lain (150).

“Jumlah keseluruhan pengembara yang keluar masuk melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada semalam adalah seramai 21,971 orang,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kawasan sempadan ini mengalami kesesakan luar biasa di laluan kenderaan persendirian menghala ke Thailand akibat limpahan kenderaan yang mahu berkunjung ke negara jiran khususnya sempena musim cuti persekolahan dan sambutan Hari Malaysia.

Kita menjangkakan keadaan ini akan berterusan sehingga 21 September berikutan cuti sekolah yang panjang,” ujarnya.

Susulan itu, katanya, anggota dan pegawai Pasukan Tindak Pantas (QRT) serta pegawai bertugas diaktifkan bagi mengawal aliran trafik di kawasan ICQS.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD8264

SELANGOR

BSR1865

JOHOR

JYB4276

PULAU PINANG

PSD3559

PERAK

APJ4418

PAHANG

CFG8970

KEDAH

KGG6901

NEGERI SEMBILAN

NEK7490

KOTA KINABALU

SJS5970

KUCHING

QAB672P

Terakhir Kemas Kini 28 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.

26-06-2026
Berita Auto

NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.

25-06-2026
Berita Auto

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Menang Anugerah

iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.

25-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran

Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.

24-06-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.

24-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.