Ingin Ke Thailand Dengan EV? Pengecas DC Kini Di Pintu Masuk Kedah
-full_normal.jpg)
Pengecas DCFC kini disediakan di Starbucks Changlun
Tahun 2023 hampir melabuhkan tirainya, syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) nampaknya semakin aktif memperluaskan rangkaian pengecasan masing-masing, terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti destinasi pelancongan dan di sepanjang lebuh raya.
Beberapa hari yang lepas, kami telah melaporkan pembukaan stesen pengecas pantas DCFC pertama di Perlis oleh ChargEV di Starbucks Kangar Jaya. Kali ini, lokasi terbaru ChargEV terletak di Starbucks Changlun.
-full_normal.jpg)
Stesen DCFC Starbucks Changlun dilengkapi dengan unit pengecas pantas 60 kW
Lokasi terbaru ini dapat memudahkan pelancong yang memasuki Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah. Sebelum ini, lokasi pengecas EV Starbucks terdekat hanyalah di Amanjaya, Sungai Petani Kedah yang terletak kira-kira 93 KM dari sini.
Stesen DCFC Starbucks Changlun dilengkapi dengan unit pengecas pantas 60 kW dengan dua ruang pengecasan EV (EVCB). Caj yang dikenakan untuk pengecasan di fasiliti ini sama seperti pengecas ChargEV lain iaitu RM1.20/kWh.
Seperti yang kami dedahkan sebelum ini, ChargEV dan Starbucks menjalinkan kerjasama untuk menyediakan stesen pengecas EV di cawangan Starbucks. Kerjasama ini bermula pada Oktober 2022 dengan pelancaran stesen pengecas pertama ChargEV di Starbucks Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.
s-full_normal.jpg)
Maklumat stesen yang dipaparkan aplikasi PlugShare
Kerjasama ini selaras dengan komitmen rangkaian kopi terkenal ini untuk mengurangkan jejak karbon sehingga 50% menjelang tahun 2030. Bagi mencapai matlamat ini, Starbucks berusaha untuk menyediakan stesen pengecas EV di cawangan pandu lalu dalam jarak 150 KM antara satu sama lain.
-full_normal.jpg)
Maklumat stesen yang dipaparkan aplikasi ChargEV
Setakat ini, ChargEV telah menyediakan sejumlah 31 stesen pengecas di pelbagai lokasi Starbucks di seluruh negara.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4425
SELANGOR
BSV1150
JOHOR
JH4055J
PULAU PINANG
PSH4006
PERAK
APM9459
PAHANG
CFJ4079
KEDAH
KGJ8106
NEGERI SEMBILAN
NEM5839
KOTA KINABALU
SJV1814
KUCHING
QAB197Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Akhirnya! Dah Ada Pengecas DCFC Di Perlis – Ini Caj Dikenakan Setiap kWh
Negeri Perlis kini memiliki stesen pengecas pantas DC (DCFC). Ini info selanjutnya...
27-12-2023
Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?
MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan
06-02-2026
Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?
Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…
24-11-2025
Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit
ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.
04-11-2025
ChargeSini Sediakan Pengecas Pantas DCFC 50 kW Di Pusat 3S Proton IOI City Mall
Berita baik kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) di sekitar Putrajaya, Pusat 3S Proton yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya, kini menyediakan fasiliti pengecasan pantas DC (DCFC) yang berkuasa 50 kW.
19-10-2025
Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama dengan rakan kerjasama, Yinson GreenTech (YGT), telah rasmi memulakan pembinaan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu pertama di Malaysia.
17-10-2025
Lampu Jalan Jadi Pengecas EV – Kerjasama UMPSA & EV Plus
EV Plus Mobility Solutions Sdn. Bhd. (EV Plus) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melancarkan pengecas EV pertama di Malaysia yang dipasang pada tiang lampu.
05-10-2025
PRO-NET Lancar Pengecas DC Pertama Di Proton City, Tanjung Malim – Serendah RM0.40/kWj Sepanjang Oktober
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) kini memperluas jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran stesen pengecas pantas DC pertama di Proton City, Tanjung Malim.
30-09-2025
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

