- Berita
- Berita Auto
- Elak Kena Tipu Dengan 'Longkai' & Bengkel Selepas Kemalangan – Persatuan Insurans Am Malaysia
Elak Kena Tipu Dengan 'Longkai' & Bengkel Selepas Kemalangan – Persatuan Insurans Am Malaysia
-full_normal.jpg)
Ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga,' itulah nasib ramai yang terlibat dalam kemalangan dan kemudian terperangkap dalam jerat penarik kereta tidak bertanggungjawab, dedah Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon, menjelaskan bahawa terdapat pengendali trak tunda yang menghantar kenderaan rosak ke bengkel dengan bayaran komisen tertinggi. Akibatnya, pemandu berdepan risiko bil pembaikan yang sengaja ditinggikan supaya bengkel dapat mengaut keuntungan sama walaupun memberi komisen yang tinggi kepada pengendali trak tunda.
-full_normal.jpg)
Chua menegaskan bahawa penghantaran kenderaan ke bengkel bukan panel (tidak diberi kuasa oleh syarikat insurans) biasanya berisiko tinggi kerana kerja-kerja pembaikan yang dilakukan tidak mencapai piawaian dan tidak telus.
Antara kes yang pernah berlaku adalah beberapa komponen asal kenderaan ditukarkan kepada komponen terpakai yang diambil daripada kedai potong kereta, dan isu kemek pula 'diselesaikan' hanya melalui ketukan kasar tanpa teknik yang betul. Ada juga kes kereta ditahan sehingga bayaran tambahan dilangsaikan terlebih dahulu.
Bagi kenderaan elektrik (EV), risiko lebih tinggi kerana proses baik pulih EV memerlukan peralatan khas dan juruteknik yang berkepakaran tinggi dalam sistem EV.
Chua turut memberi amaran bahawa ada sesetengah trak tunda yang menyamar sebagai penyedia perkhidmatan sah dengan menggunakan pelekat insurans. “Sesiapa pun boleh tampal logo syarikat. Ada juga bekas penyedia perkhidmatan yang masih membiarkan pelekat lama,” katanya.
-full_normal.jpg)
Sekiranya terlibat dalam kemalangan, pemandu dinasihatkan untuk menghubungi syarikat insurans masing-masing. Nombor-nombor penting yang boleh dihubungi biasanya dinyatakan dalam butiran polisi atau cukai jalan. Dalam masa yang sama, kebanyakan syarikat insurans kini menawarkan aplikasi mudah alih untuk bantuan segera.
Pemandu mestilah kekal tenang dan cuba untuk menolak tawaran longkai atau penarik kereta tidak sah dengan sopan.
“Anda telah membayar untuk mendapatkan perlindungan insurans, jadi pastikan ia digunakan supaya kereta dibaiki menggunakan komponen asli,” jelas Chua.
Sumber: The Star
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
ECRL RM125 Ke Kelantan: Berbaloi Atau Mahal?
ECRL Gombak-Kota Bharu RM125: Ini Beza Tiket Ekspres & Transit Yang Anda Perlu Tahu
19-10-2026
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge