ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gangguan Bekalan Elektrik, Menteri Minta MAHB Reka Bentuk Semula Bekalan Elektrik Di KLIA 2

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara gangguan bekalan elektrik di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Menteri Pengangkutan menggesa Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk reka bentuk semula punca kuasa bekalan elektrik di lapangan tersebut.

Langkah itu perlu diambil supaya insiden gangguan elektrik tidak berulang lagi.

Menterinya, Anthony Loke berkata,  bagi memastikan insiden sedemikian tidak berulang pada masa akan datang, perkara tersebut akan disusuli dengan tindakan selanjutnya.

“Mereka telah hantar laporan kepada kita (mengenai) apa puncanya dan seperti yang saya katakan, mereka perlu ‘redesign’ punca kuasa itu (iaitu) punca bekalan elektrik untuk memastikan supaya ‘blackout’ seperti ini tidak berlaku lagi.

“Itu akan disusuli dengan tindakan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas melancarkan identiti korporat baharu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) semalam.

image.png

Media sebelum ini melaporkan, gangguan elektrik yang berlaku KLIA Terminal 2 pada 28 Ogos lalu disifatkan tidak boleh diterima sama sekali kerana menjejaskan imej negara.

Kejadian tersebut berlaku ketika Anthony Loke menghadiri majlis pelancaran “Tap, Travel and Discover” anjuran gateway@klia2 di terminal berkenaan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW4170

SELANGOR

BSP6327

JOHOR

JYV8542

PULAU PINANG

PSB8664

PERAK

APH1779

PAHANG

CFG3959

KEDAH

KGF6413

NEGERI SEMBILAN

NEK2945

KOTA KINABALU

SJR6953

KUCHING

QAB7013N

Terakhir Kemas Kini 05 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

28-05-2024
Berita Auto

08-02-2023
Berita Auto

18-01-2023
Berita Auto

04-01-2023
EV

03-01-2023
Berita Auto

09-12-2022
Berita Auto

09-12-2022
Berita Auto

06-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC

Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .

05-05-2026
Berita Auto

Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?

Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.

05-05-2026
Berita Auto

Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM5 Bilion Sebulan

Kerajaan mendedahkan jumlah subsidi bulanan melonjak drastik daripada RM700 juta pada Januari lalu kepada RM5 bilion sebulan ketika ini.

05-05-2026
Berita Auto

Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik

Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.

05-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026
Berita Auto

Nyawa Pasangan Suami Isteri Melayang Angkara Pemandu Mabuk

Kenapa Pemandu Mabuk Masih 'Berani' Ragut Nyawa di Jalan Raya?

04-05-2026
Berita Auto

Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000

Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!

04-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.