ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Beberapa laporan akhbar di United Kingdom (UK) melaporkan bahawa Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7  akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

image.pngimage.png

Apa yang diketahui setakat ini Geely yang  akan memasuki pasaran UK itu hadir dengan pek bateri LFP 60.2 kWh serta motor elektrik dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 215 hp. 

image.png

Ini membolehkan varian SE mampu menawarkan jarak pemanduan sehingga 429 km (267 batu) manakala varian Max pula  sehingga 410 km.

Dikhabarkan Geely EX5 ‘SE’ untuk pasaran UK akan didatangkan dengan rim 18 inci, tempat duduk hadapan boleh dilaraskan secara berkuasa, kerusinya ada fungsi pemanasan dan beberapa ciri lain.

Bagi varian Pro pula, ia dilengkapi dengan rim 19 inci yang lebih besar dan pilihan warna dalaman ‘Cloud’. Varian tertinggi ‘Max’ pula hadir dengan  bumbung kaca panoramik, tempat duduk hadapan berpengudaraan, serta pintu belakang berkuasa.

image.png

Sehubungan itu, Geely Auto (Geely) juga telah mengumumkan harga anggaran untuk ketiga-tiga varian tersebut: £31,990 (±RM183,042) untuk ‘SE’, £33,990 (±RM194,486) untuk ‘Pro’, dan £36,990 (±RM211,651) untuk ‘Max’.

Bagi pasaran UK, Geely menyatakan bahawa pembeli armada dijangka menjadi “segmen utama” bagi EX5 dimana segmen ini kini mewakili majoriti jualan kenderaan elektrik di UK. Syarikat itu juga yakin bahawa SUV elektrik ini akan mendapat sambutan daripada pembeli UK.

image.png

Di sebalik berita ini, apa pula nasib rancangan Proton yang sebelum dikatakan akan kembali ke pasaran UK dengan membawa kembar e.MAS 7 – pada asasnya produk yang sama tetapi dengan lencana berbeza.

Jika anda masih ingat, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, pernah berkata kepada Autocar UK mengenai rancangan pihaknya untuk menghidupkan semula operasi di pasaran utama pemanduan sebelah kanan (RHD) luar negara  termasuk UK.

Rancangan tersebut sepatutnya mendapat sokongan daripada rakan kongsi Geely serta dipacu oleh hab pengeluaran ‘Automotive High Tech Valley’ di Proton City, Tanjung Malim, Perak. 

Walaupun Proton telah merancang lebih awal, nampaknya Geely memilih untuk memasuki UK terlebih dahulu dengan EX5 di bawah jenamanya sendiri. Namun, ini tidak bermakna Proton tidak berpeluang lagi untuk memasuki UK dengan kembar e.MAS 7.

image.pngimage.png

Pada masa ini, Proton e.MAS 7 dan Geely EX5  dijual serentak di Nepal. Malah, kedua-duanya ditawarkan dalam anggaran harga yang sama di sana, meskipun pasaran sekecil Nepal.

Buat masa ini, masih belum jelas sama ada e.MAS 7 akan menjadi sebahagian daripada rancangan Proton untuk kembali ke UK memandangkan kembarnya dari Geely sudah lebih awal memasuki pasaran tersebut.

Mungkin Proton boleh mempertimbangkan untuk kembali ke UK dengan crossover enjin pembakaran dalaman (ICE) berasaskan Geely (X50, X70 dan X90) serta sedan (S70).




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY352

SELANGOR

BSU9632

JOHOR

JH2571J

PULAU PINANG

PSH3441

PERAK

APM8489

PAHANG

CFJ3812

KEDAH

KGJ7704

NEGERI SEMBILAN

NEM5592

KOTA KINABALU

SJV1353

KUCHING

QAB9780P

Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Teknologi

15-12-2025
EV

09-10-2025
Global

16-09-2025
EV

08-07-2025
Global

06-01-2025
EV

29-11-2024
EV

11-08-2026

Berita Terkini

Global

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026
Global

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026
Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.