Imej Chery Tiggo 8 Generasi Terbaru Didedahkan Di China – Ada 2 'Wajah' Berbeza?
![]()
Chery akhirnya mendedahkan imej rasmi Tiggo 8 generasi kedua di China. SUV bersaiz sederhana ini tampil dengan ukuran yang lebih gah dan dua rekaan sudut hadapan berbeza. Versi terbaru ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi di pasaran domestiknya dalam suku keempat tahun ini.

Sudut depan Tiggo 8 baharu kelihatan sama seperti Tiggo 8 PHEV CSH.
Rekaan hadapan pertama mirip Tiggo 8 PHEV CSH yang diperkenalkan sebelum ini, dengan gril poligon bermotifkan berlian yang lebih kemas dan moden. Lampu depan LED baharu disempurnakan oleh lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk L, menyamai model BMW i4 facelift.

Rekaan kedua bahagian depan Chery Tiggo 8 terbaru.
Rekaan hadapan kedua pula mengambil inspirasi daripada Lepas L8, dengan lampu LED dual-stack yang disertai DRL matriks yang runcing di bahagian atas. Gril hadapan yang berbentuk poligon hadir dengan motif silang.

Kedua-dua versi memiliki rekaan sisi yang sama seperti garis bahu melengkung, pemegang pintu semi-flush dan rim aloi jejari berganda terbaru. Berbeza dengan model terdahulu, panel hadapan tiada lagi kemasan ala Land Rover, memberikan rupa lebih kemas dan elegan.

Bahagian belakang pula tampil dengan bar lampu LED yang halus through-type yang diinspirasikan oleh Porsche Cayenne. Bampar belakang kelihatan menonjol dengan dua paip ekzos. Selain itu, sudut ini juga kelihatan lebih moden dengan tulisan "Chery" menggantikan logo biasa.
Chery mengesahkan Tiggo 8 generasi kedua mempunyai panjang 4,749 mm, lebar 1,880 mm dan tinggi 1,710 mm dengan jarak roda 2,825 mm. Berbanding model terdahulu, ia 27 mm lebih panjang, 20 mm lebih lebar dan 35 mm lebih pendek. Sementara itu, jarak roda pula bertambah sebanyak 115 mm menjanjikan ruang kabin lebih luas.

Walaupun rekaan dalaman belum didedahkan, portal automotif CarNewsChina melaporkan model ini akan mula ditawarkan dalam konfigurasi dua baris tempat duduk lima penumpang selain susunan tiga baris untuk tujuh penumpang.
Chery masih belum mendedahkan pilihan enjin yang akan ditawarkan namun model sedia ada hadir dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan varian hibrid plug-in (PHEV). Model generasi kedua ini dijangka akan menerima penambahbaikan dari segi prestasi.

Seperti yang telah dinyatakan, Chery Tiggo 8 generasi kedua yang serba baharu ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi pada suku keempat tahun ini. Dengan kehadiran model Chery Tiggo 8 PHEV CSH di pasaran tempatan dalam masa beberapa hari sahaja lagi, mungkinkah model yang didedahkan ini akan tiba di Malaysia seawal tahun depan?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW5725
SELANGOR
BSU7246
JOHOR
JG6417J
PULAU PINANG
PSH642
PERAK
APM6025
PAHANG
CFJ2915
KEDAH
KGJ6533
NEGERI SEMBILAN
NEM4551
KOTA KINABALU
SJU8276
KUCHING
QAB8907P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge