ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Satu Lagi EV Mampu Milik Daripada Proton, Proton e.MAS 5, Tempahan Dibuka 4 Okt Ini, Harga Mungkin BAWAH RM100,000?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton e.MAS 5 yang pernah hadir dalam versi Geely Xingyuan pacuan kiri (LHD) baru-baru ini selain prototaip pacuan kanan (RHD) sebelum ini, membuatkan kami cukup yakin bahawa Proton e.MAS 5 bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Susulan itu, PRO-NET, sudah pun mengumumkan bahawa tempahan Proton e.MAS 5 akan dibuka pada 4 Oktober ini secara siaran langsung di media sosialnya pada tarikh berkenaan.

image.pngimage.png

Bagaimanapun, pihak syarikat masih belum mendedahkan anggaran Harga untuk model terbabit.

Namun begitu, dengan janji Proton bahawa e.MAS 5 akan menjadi “EV mampu milik pertama Malaysia”, selain dengan pembukaan barisan pengeluaran EV baharu di kilang Tanjong Malim baru-baru ini, semua petanda menunjukkan harga permulaan bakal berada jauh di bawah RM100,000.

image.pngimage.png

Proton e.MAS 5 yang ditayangkan pada bulan lalu, ditawarkan dalam dua varian – ‘Prime’ dengan pek bateri 30.12 kWh yang menawarkan 250 KM jarak WLTP, serta varian ‘Premium’  pula hadir dengan pek bateri lebih besar 40.16 kWh dan jarak lebih jauh 325 KM WLTP.

image.png

Untuk makluman, bateri jenis LFP yang dibekalkan oleh CATL ini menyokong pengecasan AC 6.6 kW dan juga sehingga DC 71 kW, dimana pengecasan 30-80% hanya dalam masa 21 minit. 

Selain harga, Proton dan PRO-NET juga tidak mendedahkan tarikh pelancaran sebenar.

Namun, memandangkan tempahan rasmi dibuka pada 4 Oktober ini, ada kemungkinan ia akan dilancarkan pada hujung bulan ini,

Di sebalik info ini, adakah  anda berminat untuk memiliki EV kompak baharu daripada Proton ini?

Atau adakah anda lebih rela menunggu EV pertama yang bakal ditawarkan oleh Perodua? Kongsikan pandangan anda di di bawah ruangan ini!





Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF4679

SELANGOR

BSR4835

JOHOR

J6743J

PULAU PINANG

PSD6486

PERAK

APJ7025

PAHANG

CFH1152

KEDAH

KGG9417

NEGERI SEMBILAN

NEK8614

KOTA KINABALU

SJS9548

KUCHING

QAB1732P

Terakhir Kemas Kini 10 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

19-06-2026
EV

11-05-2026
EV

10-03-2026
Tips

06-03-2026
Berita Auto

05-03-2026
EV

04-02-2026
Berita Auto

02-02-2026

Berita Terkini

EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026
EV

Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota

Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.

25-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.