Proton e.MAS 5 Dipratonton Menerusi Kembarnya Geely Xingyuan, e.MAS 5 Bakal Dilancar, Harga Mampu Milik, Mungkin Bawah RM100,000!

Dalam lawatan ke Hunan China pada minggu lepas, Carz.com berpeluang mengunjungi kilang pengeluaran Geely di mana Geely Xingyuan dipasang.
Difahamkan, model ini yang akan dikenali sebagai Proton e.MAS 5 akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi dalam konfigurasi pacuan kanan (RHD).


Selain itu, kami juga berpeluang singgh di sebuah pengedar Geely untuk melihat Xingyuan dalam versi varian paling tinggi.
Dari segi luaran,jentera ini kelihatan seimbang, manakala bahagian dalaman menampilkan penggunaan bahan sentuhan lembut dimana ia menjadikan kabin terasa lebih premium.

Untuk makluman, Proton e.MAS 5 akan menjadi kenderaan elektrik kedua selepas e.MAS 7. Namun, kedudukannya berbeza kerana ia lebih kecil, lebih praktikal, dan lebih mampu milik.


Proton telah menyatakan bahawa pihaknya mahu memberi tumpuan kepada saiz, jarak pemanduan, dan kebolehcapaian, sebagai usaha supaya rakyat Malaysia dapat memiliki EV.
Xingyuan memberikan gambaran kukuh tentang apa yang boleh dijangkakan rakyat Malaysia walaupun secara hakikatnya ia lebih kompak, jarak roda 2,650 mm adalah lebih panjang berbanding Proton Iriz dan Perodua Myvi.

Maka tidak hairanlah, kabin agak besar manakala tempat duduk belakang mendapat manfaat daripada lantai rata, ada corong udara port USB, serta posisi duduk yang selesa.
Sementara itu, model ini menawarkan ruang sut seluas 375 liter namun jika kerusi belakang direbahkan, ruangnya boleh ditingkatkan hingga 1,320 liter. Tambahan pula, terdapat ruang frunk seluas 70 liter di hadapan.


Bagi varian jarak lebih jauh, Xingyuan menggunakan motor belakang berkuasa 85 kW dan 150 Nm. Ia mampu memecut dari 0–50 km/j hanya dalam masa 3.9 saat, dimana pecutan itu sebenarnya sudah mencukupi untuk kegunaan di bandar.


Difahamkan, model ini disumbat dengan pek bateri berkapasiti LFP 40.16 kWh yang mana ia menawarkan menawarkan jarak sehingga 325 km (kitaran WLTP). Dengan pengecasan pantas DC 71 kW, cas dari 30 ke 80% hanya mengambil masa 21 minit.
Salah satu kelebihan menonjol ialah jejari pusingan hanya 4.95 meter, yang terbaik dalam kelasnya. Ini menjadikan kereta lebih mudah dikendalikan di jalan bandar yang sempit serta kawasan parkir.


Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan skrin sentuh tengah 14.6 inci serta kluster digital 8.8 inci. Di China, sistem ini menggunakan Flyme OS keluaran Geely.


Untuk Malaysia, Proton akan melengkapkan e.MAS 5 dengan sistem operasi sendiri, ATLAS 3.0, yang dibangunkan bersama AcoTech. Sistem ini sama seperti yang dipratonton dalam X50 terbaharu.


Ciri ini menyertakan pembantu suara “Aisyah”, yang kini boleh bertindak balas dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, manakala Mandarin dan Kantonis juga dalam pertimbangan untuk akan dating.
Pembangunannya model ini melibatkan ujian selama 336,000 jam dengan lebih 200 suara contoh untuk meliputi 4,000 arahan.


Sistem navigasi pula dioptimumkan untuk kegunaan tempatan, dipacu oleh HERE Maps dengan paparan 3D serta pintasan untuk menukar laluan atau mencari stesen pengecas terdekat.
Seperti e.MAS 7, e.MAS 5 juga dilengkapi dengan peta pengecasan bersepadu, memberikan akses kepada lebih 3,400 poin pengecasan melalui kerjasama dengan 10 pengendali stesen pengecas.


Antara ciri yang ada pada model ini dalah sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecasan tanpa wayar, kawalan kenderaan berasaskan aplikasi, serta Sistem Amaran Kenderaan Akustik (AVAS) boleh ubah.
Pemandu bahkan boleh memilih nada berbeza atau mematikannya sepenuhnya pada kelajuan rendah.
Dari aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan enam beg udara serta kawalan kestabilan elektronik adalah standard.

Selain itu, terdapat pakej ADAS penuh termasuk kawalan kelajuan adaptif, brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, pemantauan titik buta, serta kamera 360 darjah.
Kesemua ini memberikan tahap pemanduan separa autonomi Tahap 2, sesuatu yang jarang dijangka dalam kategori saiz dan harga sebegini.
Di China, Geely menawarkan sehingga lima varian bagi Xingyuan, termasuk versi asas dengan lampu depan halogen. Untuk Malaysia, Proton dijangka akan menyusun semula kepada hanya dua varian iaitu standard dan jarak jauh, sama seperti pendekatan pada e.MAS 7.


Ini bermakna pembeli tempatan berkemungkinan mendapat lampu LED sebagai standard.
Walaupun prototaip e.MAS 5 yang dipratonton sebelum ini di Malaysia mempunyai pintu belakang manual, versi spesifikasi tinggi Xingyuan di China dengan pintu belakang berkuasa elektrik memberi petunjuk ciri ini mungkin hadir pada varian lebih tinggi nanti.
Melihat Xingyuan secara langsung memberikan gambaran jelas tentang apa yang bakal ditawarkan oleh e.MAS 5. Ia kompak tetapi tidak sempit, praktikal tanpa terlalu asas, serta penuh teknologi tetapi tetap mesra pengguna.
Dengan pemasangan tempatan yang dirancang di kilang EV Proton di Tanjung Malim, Perak Proton e.MAS 5 berpotensi menjadi pilihan EV harian yang realistik untuk rakyat Malaysia – satu model yang mampu membawa mobiliti elektrik ke arus perdana, seperti mana yang telah dimulakan oleh e.MAS 7.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4934
SELANGOR
BSU3493
JOHOR
JF5210J
PULAU PINANG
PSG3210
PERAK
APM1537
PAHANG
CFH9844
KEDAH
KGJ4157
NEGERI SEMBILAN
NEM2445
KOTA KINABALU
SJU5013
KUCHING
QAB7415P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Geely Xingyuan Antara Kenderaan Paling Laris Tahun Lepas
Geely Xingyuan dinobatkan sebagai kenderaan tenaga baharu (NEV) penumpang paling laris di China pada tahun lepas.
20-01-2026
Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Versi Facelift Muncul Di China, Apa Yang Berbeza?
Geely EX2/Xingyuan terima kemas kini kecil di China selepas mengungguli carta jualan EV 2025. Perubahan ketara melibatkan kabin, kedudukan gear dan logo. Adakah e.MAS 5 CKD Malaysia akan terima naik taraf sama?
28-11-2025
Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi
Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5 yang masih belum dilancarkan secara rasmi ditayangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang.
28-10-2025
Ini Dia Rupa Sebenar Proton e.MAS 5 Tanpa Sebarang Pelekat Penyamaran Sebab Bakal Dilancar Minggu Ini?
Kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya didedahkan tanpa sebarang pelekat penyamaran.
28-10-2025
Proton e.MAS 5 Ditayang, Harga Dalam RM80,000?
Pihak Proton akhirnya mendedahkan satu lagi model kenderaan elektrik (EV) terbaharunya, Proton e.MAS 5.
08-08-2025
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

