Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000

Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi telah melancarkan Mazda CX-80, model tiga baris premium yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperluaskan portfolio produk Mazda di Malaysia. SUV tiga baris premium ini ditawarkan dalam satu varian, CX-80 2.5G PHEV AWD.

Majlis pelancaran Mazda CX-80 dan CX-60 yang berlangsung hari ini.
CX-80 berkongsi platform 'Mazda Large Products' yang sama seperti CX-60, namun tampil lebih gah dengan saiz badan yang lebih, serta tahap teknologi dan kemewahan yang lebih tinggi.
Prestasi & Kecekapan Teknologi Hibrid Mazda CX-80



CX-80 untuk pasaran Malaysia menggunakan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) yang terdiri daripada enjin petrol 2.5L 4 silinder VVT, motor elektrik PHEV dan bateri lithium-ion 17.8 kWj.
Sistem ini menghasilkan output gabungan 323 hp dan 500 Nm, yang mana kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan. Kadar penggunaan bahan apinya, menurut Mazda, adalah serendah 1.6L/100 km dengan jarak pemanduan elektrik sehingga 65 km. Masa yang diambil untuk dicas dengan menggunakan pengecas AC ialah 2 jam 30 minit.
Rekaan Mazda CX-80


CX-80 dibangunkan dengan ukuran panjang 4,995 mm, lebar 1,890 mm, tinggi 1,705 mm dan jarak roda 3,120 mm. Berat bersihnya tanpa muatan ialah 2,342 kg.



Reka bentuk eksterior menampilkan tafsiran 'Kodo Design' yang lebih premium dengan lampu LED, gril baharu dan rim 20 inci. Aksen krom dan garis badan yang elegan dapat dilihat pada beberapa sudut yang membuatkannya kelihatan menyerlah.
Ciri Menarik Ruang Kabin Mazda CX-80




Seperti yang dinyatakan, ruang dalamannya menawarkan tiga barisan tempat duduk yang boleh memuatkan enam orang penumpang dengan susunan 2-2-2 termasuk kerusi kapten pada baris kedua yang hadir dengan fungsi power-reclining. Untuk keselesaan maksimum, tempat duduk boleh dilaraskan kepada 10 arah dan hadir dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan.




Kemudahan lain termasuk panel instrumen digital 12.3 inci, papar pandu (HUD), sistem infotainment skrin sentuh 12.3 inci dengan Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar, kamera 360 darjah dengan fungsi pandangan lutsinar, sistem audio Bose 12 speaker, pengecas tanpa wayar, 6 port USB-C, bumbung kaca panorama dan bukaan but automatik.
Berbanding CX-60 yang bersaing dengan Mercedes-Benz GLC dan BMW X3, CX-80 meletakkan dirinya sebagai pesaing kepada Mercedes-Benz GLE dan Audi Q7 dalam segmen SUV tiga baris premium.
Ciri Keselamatan Canggih Mazda CX-80

CX-80 dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu canggih sama seperti pada CX-60 yang termasuk kawalan jelajah adaptif dengan fungsi henti-mula, amaran keluar lorong, bantuan kekal lorong, pemantau titik buta, sokongan brek pintar depan/belakang, amaran perhatian pemandu, amaran lintasan trafik depan/belakang dan banyak lagi.
Pilihan Warna, Harga & Jaminan Mazda CX-80


CX-80 ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Melting Copper, Artisan Red, Rhodium White, Jet Black dan Platinum Quartz. Tempahan kini dibuka di semua wakil jualan Mazda di seluruh negara pada harga RM330,000 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Pembelian adalah termasuk waranti selama 5 tahun/100,000 km dan pakej penyelenggaraan percuma daripada Bermaz, serta waranti berasingan 8 tahun/160,000 km untuk sistem voltan tinggi.


Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQP4873
SELANGOR
BSN1593
JOHOR
JYS7541
PULAU PINANG
PSA3971
PERAK
APF7602
PAHANG
CFF6454
KEDAH
KGE6740
NEGERI SEMBILAN
NEJ7136
KOTA KINABALU
SJQ6764
KUCHING
QAB3860N
Terakhir Kemas Kini 11 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026
Honda Malaysia mengambil langkah berani apabila menawarkan dua varian hibrid e:HEV E dan e:HEV RS, sekali gus mengukuhkan komitmen Honda untuk membawa mobiliti elektrik.
03-03-2026
Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
03-03-2026
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!
Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.
26-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat