ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengeluaran Proton Saga Di Kilang Shah Alam Ditamatkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Proton-Saga.jpg


‘Kehangatan’ pelancaran Proton Saga yang terbaru atau ‘MC3’ kian terasa. Awal hari ini, Carz.com.my terlihat satu perkongsian  oleh kakitangan Proton (di sini) yang mendedahkan bahawa pengeluaran bagi Proton Saga keluaran semasa di Shah Alam kini telah tiba di penghujung. Unit terakhir tersebut dikeluarkan pada hari Jumaat, 26 September baru-baru ini.


Saga-End_FB_2.jpgSaga-End_FB_1.jpg


Antara foto yang dikongsikan oleh orang dalaman Proton di Facebook.


Bukan hanya pengakhiran bagi model Proton Saga semasa, tetapi tarikh yang sama juga menandakan penamatan operasi kilang Shah Alam Proton setelah mengeluarkan kenderaan hampir 40 tahun.



Proton kini akan memberikan tumpuan kepada pengeluaran di kilang terbaru yang terletak di Tanjong Malim, Perak. Kilang ini dilengkapi dengan barisan pengeluaran khas untuk kenderaan elektrik (EV). Ini bermakna pengeluaran model pengganti Saga itu juga, akan dibuat sepenuhnya di kilang baharu. 


Apa Yang Kita Tahu Tentang Proton Saga MC3 Setakat Ini?


Teaser Saga versi  terbaru itu pernah didedahkan semasa majlis pelancaran barisan pengeluaran EV awal bulan ini, di samping maklumat lain yang pernah tersebar sebelumnya. 


Proton-Saga-MC3-Render-Theottle-1.jpg


Lakaran Proton Saga MC3 oleh pelukis rekaan digital, @theottle (Chin Swee Hoe). Baru-baru ini, Proton mengesahkan bahawa Saga baharu akan menggunakan platform AMA yang telah dipertingkatkan dengan penambahbaikan ketara.


Saga baharu ini dikhabarkan akan menggunakan platform AMA yang telah diberikan penambahbaikan besar-besaran, dilengkapi dengan sistem elektrik dan elektronik (E&E) lebih canggih yang menyokong ciri-ciri bantuan pemandu canggih (ADAS). 


Baca: Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025


Model ini juga dijangka menampilkan enjin 1.5 liter baharu, kemungkinan besar berkongsi teknologi dengan Proton X50 facelift yang terkini. Berdasarkan memo dari pengedar yang bocor di alam maya, sistem transmisi automatik jenis CVT juga mungkin akan kembali digunakan.


web_theottle_Proton-Saga-MC3-Render_2.jpg


Sudut belakang lakaran Saga MC3 oleh @theottle.


Sementara itu di ruang kabin, Saga MC3 akan tampil dengan wajah baharu bersama paparan instrumen digital serta sistem infotainmen lebih canggih, terutamanya untuk varian berspesifikasi tinggi. Maklumat lanjut masih belum didedahkan. 


Baca: Teaser Proton Saga Generasi Baharu Dipertontonkan – Sah Ada Ciri ADAS!


Masih Banyak Stok Saga Sedia Ada


PROTON-SAGA-2.jpg


Stok Saga generasi semasa masih cukup untuk memenuhi permintaan pembeli walaupun pengeluaran telah ditamatkan.


Buat masa ini, Saga sedia ada masih ditawarkan di laman rasmi Proton menandakan stok masih mencukupi di pusat-pusat pengedaran. Saga yang kini ditawarkan di pasaran dijual pada harga bermula serendah RM34,800 untuk varian 1.3 Standard MT dan RM38,800 bagi 1.3 Standard AT.


Ada yang tengah mempertimbangkan untuk beli Proton Saga? Jangan buang masa, inilah masa yang terbaik kalau anda nak dapatkan ‘harga promo' sebelum Saga terbaru dilancarkan menjelang hujung tahun ini. 


Baca: Imej Render Proton Saga MC3 Daripada Theottle Didedahkan

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA7546

SELANGOR

BSQ4509

JOHOR

JYX5499

PULAU PINANG

PSC6054

PERAK

APH7864

PAHANG

CFG6379

KEDAH

KGG2671

NEGERI SEMBILAN

NEK5261

KOTA KINABALU

SJS1384

KUCHING

QAB9201N

Terakhir Kemas Kini 31 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

18-11-2025
Kereta Baru

11-11-2025
Berita Auto

28-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto

28-09-2025
Berita Auto

11-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.