ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

PRO-NET Lancar Pengecas DC Pertama Di Proton City, Tanjung Malim – Serendah RM0.40/kWj Sepanjang Oktober

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ProNet-DCChargingHub-TanjungMalim-4.jpg


Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) memperluas jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran stesen pengecas pantas DC pertama di Proton City, Tanjung Malim. Stesen yang terletak di bangunan pentadbiran Proton City ini dilengkapi dengan dua pengecas DC berkuasa 60 kW serta empat petak pengecasan.


Berbeza dengan pengecas DC Proton sebelum ini, stesen yang baru dibuka ini adalah infrastruktur pengecasan yang dikendalikan sendiri oleh PRO-NET. Yang menariknya, stesen ini boleh dimanfaatkan oleh semua pengguna EV, tidak terhad kepada pengguna EV PRO-NET sahaja. 


ProNet-DCChargingHub-TanjungMalim-8.jpgProNet-DCChargingHub-TanjungMalim-5.jpg


Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Encik Zhang Qiang berkata, "Stesen pengecas ini bukan sahaja satu kemudahan, tetapi komitmen kami untuk membina ekosistem EV yang lebih kukuh di Malaysia. Dengan mengekalkan harga yang mampu milik dan kemudahan penggunaan, kami berharap dapat menarik lebih ramai untuk beralih kepada EV. Tanjung Malim merupakan tempat lahirnya PRO-NET, jadi wajar bagi kami untuk membuka babak baharu di sini.” 


Kadar Pengecasan Yang Rendah


ProNet-DCChargingHub-TanjungMalim-1.jpgProNet-DCChargingHub-TanjungMalim-3.jpg


Caj pengecasan bermula serendah RM0.80 per kWj, menjadikannya antara pengecas DC paling murah di negara ini. Sempena pelancarannya, orang ramai dapat menikmati diskaun sebanyak 50% sepanjang Oktober 2025, menjadikan kos pengecasan hanya RM0.40 per kWj.


Tidak Memerlukan Aplikasi


ProNet-DCChargingHub-TanjungMalim-7.jpg


Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR untuk mengaktifkan pengecas melalui antara muka laman web (web-based interface), tanpa perlu memuat turun aplikasi khas. Bagi pengguna Proton e.MAS dan smart, pengecas ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih Proton e.MAS dan Hello smart, termasuk navigasi menerusi peta pengecasan dalam kenderaan.


Pelancaran stesen pengecas DC ini mengukuhkan kedudukan Tanjung Malim sebagai pusat utama usaha elektrifikasi Proton, yang turut menempatkan kilang pengeluaran EV pertama pengeluar kereta nasional itu.

Baca: Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim

Baca: PRO-NET, ChargeSini & 3 CPO Lain Bekerjasama - Sedia Pengecas EV Di Kondo & Pangsapuri

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-09-2025

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.