Projek ECRL Siap Lewat Sebab Kecurian Kabel

China Communications Construction Sdn Bhd (CCCECRL) mengakui projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berisiko mengalami kelewatan susulan insiden kecurian kabel berterusan di sepanjang jajaran rel itu dari Temerloh ke Bentong, Pahang.
Syarikat itu mengecam tindakan mencuri kabel ‘contact wire’ – komponen penting dalam sistem rel dan menyifatkan ia ancaman serius terhadap penyampaian projek nasional berimpak tinggi tersebut.

“Dalam tempoh hanya dua minggu, sejumlah 1,080m kabel ‘contact wire’ dicuri antara Temerloh dan Lanchang, manakala 599m lagi dicuri antara Lanchang dan Bentong.
“Insiden ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan infrastruktur utama serta peningkatan kos pembaikan, tetapi juga boleh melambatkan keseluruhan jadual projek kerana alat ganti khusus memerlukan tempoh beberapa bulan untuk diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan.
Insiden terbaru menyusuli beberapa kecurian kabel dan pencawang yang dikesan sejak Jun lalu di jajaran sama.
CCCECRL berkata, kelewatan itu akan menjejaskan matlamat jangka panjang ECRL untuk membawa manfaat sosial dan ekonomi kepada kawasan Pantai Timur dan negara secara keseluruhan.
Syarikat itu memaklumkan, laporan dibuat di Balai Polis Lanchang dan mereka sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kes tersebut.
“Namun, memandangkan jajaran projek ini menjangkau sejauh 665km, usaha melindungi aset negara ini memerlukan kerjasama masyarakat setempat.
“Orang ramai digesa supaya tidak membeli sebarang kabel atau komponen elektrik milik ECRL yang dijual secara haram, serta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada polis atau pejabat CCCECRL terdekat,” katanya.
Projek ECRL adalah inisiatif pengangkutan bersepadu kerajaan persekutuan menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dengan terminal akhir di Kota Bharu, Kelantan, merentasi Pahang dan Terengganu.
Jajaran sepanjang 665km itu dijangka mampu membawa kira-kira 5.6 juta penumpang dan 53 juta tan kargo setahun, serta menyokong pembangunan sektor pelancongan, perindustrian dan perdagangan rentas negeri.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW1491
SELANGOR
BSU6516
JOHOR
JG4716J
PULAU PINANG
PSG8739
PERAK
APM5332
PAHANG
CFJ2557
KEDAH
KGJ6171
NEGERI SEMBILAN
NEM4186
KOTA KINABALU
SJU7488
KUCHING
QAB8464P
Terakhir Kemas Kini 28 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
ECRL RM125 Ke Kelantan: Berbaloi Atau Mahal?
ECRL Gombak-Kota Bharu RM125: Ini Beza Tiket Ekspres & Transit Yang Anda Perlu Tahu
19-10-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Isu Tambang ECRL: Ini Penjelasan MRL
MRL menafikan maklumat kadar tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tular di media sosial baru-baru ini.
07-09-2026
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Binaan ECRL Hempap Kereta Awam, MRL Mohon Maaf
Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) memohon maaf ekoran insiden struktur sementara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghempap sebuah kereta di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berdekatan Plaza Tol Gombak, Selangor semalam.
19-11-2025
Besi Binaan Projek ECRL Hempap Kereta, Mujur Pemandu Terselamat!
Seorang pemandu terselamat, selepas kereta dipandunya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL, di MRR2.
18-11-2025
Berita Terkini
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
11,888 Tiket Extra KTMB Deepavali: Laluan Mana Yang Terlibat
NTING: KTMB Buka Tiket ETS Tambahan Deepavali 27 Oktober Ini.
26-10-2026
Adakah ECRL Bakal 'Membunuh' Perkhidmatan Bas Ekspres?
Nampaknya, Ramai Akan Beralih ke ECRL, Apa Pula Nasib Bas Ekspres.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
