Rel Kereta Api Timur, Barat Boleh Dilaksana Selepas 10 Tahun

Kementerian Kerja Raya menyifatkan pembinaan rel kereta api di Banjaran Titiwangsa bagi menghubungkan timur dan barat Semenanjung dijangka mengambil tempoh antara 10 hingga 20 tahun untuk direalisasikan kerajaan.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengakui cadangan penggantian jalan raya uzur kepada laluan kereta api sesuatu yang praktikal, tetapi ia memerlukan kajian mendalam termasuk kemampuan ekonomi negara.
Ini kerana rakyat masih memilih dan selesa menggunakan jalan raya sebagai mod utama pergerakan harian berikutan bilangan pemilikan kenderaan persendirian yang tinggi.

"Cadangan itu suatu yang berdaya maju jika dilihat dari aspek keselamatan, kecekapan logistik dan pengurangan pelepasan karbon, namun pelaksanaannya perlu dikaji secara mendalam.
"Ia termasuk membuat penelitian dari segi ekonomi dengan mengambil kira unjuran penumpang, pembinaan, penyenggaraan dan cabaran geoteknikal seperti Banjaran Titiwangsa serta keberkesanan jangka panjang terhadap pertumbuhan wilayah," katanya kepada BH, hari ini.
Beliau mengulas mengenai cadangan dikemukakan Penyelidik Utama Pusat Kecemerlangan Industri-Rel (ICoE-Rail) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof Madya Dr Joewono Prasetijo dalam Soal Jawab BH yang mengesyorkan teknologi moden digunakan bagi menangani cabaran pembinaan laluan rel Pantai Timur-Utara menggantikan jalan raya usang.
Walaupun rel mampu menjadi pelengkap penting kepada rangkaian pengangkutan negara, ia bukan pengganti sepenuhnya kepada jalan raya.
"Jadi, pembangunan rel mesti dirancang seiring dengan keperluan lain seperti usaha menyuraikan kesesakan trafik dan bukan menggantikan, tetapi memperkukuh sistem mobiliti negara secara menyeluruh," katanya.
Difahamkan, projek rel berimpak besar seperti ini lazimnya mengambil masa antara 10 hingga 20 tahun untuk dilaksanakan sepenuhnya dengan bergantung kepada skop jajaran, peruntukan dan kelulusan pelbagai pihak.
"Projek ini memerlukan perancangan teliti dari segi laluan yang merangkumi kawasan kepadatan penduduk yang akan menggunakan perkhidmatan ini, pengurusan tanah dan pembinaan terowong di kawasan cerun adalah antara faktor masa kritikal.
"Justeru ia harus dilihat sebagai pelaburan masa depan dan bukan penyelesaian segera, tetapi penting untuk generasi akan datang," katanya.
Katanya, cadangan pembinaan laluan kereta api yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Utara atau Barat Semenanjung sebagai alternatif jangka panjang kepada kes kemalangan jalan raya.
"Laluan itu sudah diakui menjadi laluan utama dari segi jarak dan masa berbanding laluan alternatif lain buat masa ini seperti Gua Musang dan sebagainya. Justeru, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) menjadi kebergantungan mutlak yang turut menjadi pilihan kepada kenderaan berat.
"Nahas maut yang mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini sangat menyayat hati dan menjadi peringatan penting, kita perlu berani merancang penyelesaian infrastruktur secara holistik dan jangka panjang," katanya.
Bagaimanapun katanya, kawasan itu bukan dikategorikan sebagai 'blackspot' atau kawasan kemalangan mengikut kajian Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Sistem Pengurusan Kemalangan Jalan Raya (RAMS) dan Sistem Laporan Polis Bersepadu (i-PRS) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Jadi saya menyambut baik sebarang cadangan pembangunan rel berkapasiti tinggi yang menghubungkan kawasan Pantai Timur dengan Wilayah Utara. Namun pelaksanaannya perlu dilihat secara menyeluruh, bukan hanya dari aspek teknikal, tetapi juga ekonomi, impak sosial dan keperluan jangka panjang negara.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat