- Berita
- Berita Auto
- Semakin Berani Remaja Sekarang, Ibu Bapa Diminta Jangan Benarkan Anak Memandu Tanpa Lesen
Semakin Berani Remaja Sekarang, Ibu Bapa Diminta Jangan Benarkan Anak Memandu Tanpa Lesen

Tular satu klip video yang menunjukkan seorang pemandu Proton Wira menghimpit kereta peronda polis sehingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan senjata api jenis HK MP5 bagi tujuan keselamatan.
Kejadian berlaku di sebatang jalan di Jalan Bandar Baru, Kuala Nerus, Terengganu, pada Isnin lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, dua anggota Unit Rondaan Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu yang meronda di kawasan berkenaan terlihat sebuah kereta Proton Wira kelabu dipandu dalam keadaan yang mencurigakan kira-kira 6.30 petang.
Anggota peronda kemudian menghampiri kereta berkenaan dan mengarahkan pemandu untuk berhenti, namun tidak diendahkan dan suspek bertindak melarikan diri dengan memecut laju kenderaannya.
"Anggota kemudiannya mengejar kereta berkenaan sambil mengarahkan suspek berhenti menggunakan pembesar suara berkali-kali, namun tidak dipedulikan.
"Malah, suspek terus berdegil dengan memandu secara berbahaya termasuk menghimpit kereta peronda. Bagi tujuan keselamatan anggota terpaksa mengeluarkan senjata api jenis HK MP5 sebagai amaran keras yang akhirnya berjaya membuat suspek memperlahankan kenderaan dan berhenti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Mohd Zaki berkata pemeriksaan mendapati suspek yang berusia 16 tahun dan masih bersekolah itu memandu kereta milik abangnya tanpa kebenaran.
Polis telah menghubungi ibu bapa suspek untuk siasatan dan tindakan lanjut.
"Saman dikeluarkan ke atas suspek atas kesalahan memandu tanpa lesen. Dia juga diberi amaran keras dan nasihat supaya tidak mengulangi kesalahan sebelum dibebaskan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW6376
SELANGOR
BSP7038
JOHOR
JYW1057
PULAU PINANG
PSB9587
PERAK
APH2396
PAHANG
CFG4175
KEDAH
KGF6906
NEGERI SEMBILAN
NEK3214
KOTA KINABALU
SJR7354
KUCHING
QAB7143N
Terakhir Kemas Kini 07 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Treler Rempuh Pondok Tol, 7 Individu Terselamat
Sebuah treler yang merempuh plaza tol Kota Kemuning, Shah Alam menyebabkan dua kereta kemek teruk.
11-12-2025
Gara-Gara Gagal Potong Treler Di Garisan Kembar, Pemandu Proton Wira Maut
Sebuah treler yang membawa muatan lebih 900 tong gas terbalik selepas bertembung dengan sebuah Proton Wira di Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson semalam.
25-06-2025
Penjenayah Guna Wira Culik Remaja Perempuan, Akhirnya Ditembak Mati
Seorang penjenayah yang menggunakan Proton Wira untuk menculik seorang remaja akhirnya ditembak mati.
14-04-2025
Kemalangan Maut Di Ledang, 2 Maut
Tiga orang maut manakala empat lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan SUV di Kilometer (km) 45, Jalan Muar-Segamat berhampiran Estate Gunung Ledang.
25-01-2025
Kereta Meletup Semasa Isi Minyak, Punca Kejadian Bangkit Kemarahan Netizen...
Seorang lelaki yang dipercayai ‘penyeludup minyak’ nyaris maut selepas kereta Proton Wira Aeroback miliknya meletup secara tiba-tiba.
20-05-2024
Kayu Hempap 2 Kereta, Mujur Semua Dapat Lari
Dua buah keluarga sempat keluar menyelamatkan diri, sebaik kereta dinaiki mereka dihempap kayu terjatuh daripada sebuah lori .
22-06-2023
VIDEO TULAR: Wanita Halang Kereta, Beraninya
Polis meminta wanita yang menghalang sebuah kereta Wira tampil membuat laporan polis.
24-04-2023
Kempen Servis Rahmah Hanya Terbuka Untuk Model Terpilih, Maknanya Yang Pakai Model X Proton, Anda Tidak Layak..
, PROTON melancarkan Kempen Servis Rahmah kepada semua para pelanggannya.
12-04-2023
Berita Terkini
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.
06-05-2026
Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.
Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.
06-05-2026
Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton
Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.
06-05-2026
Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%
MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.
05-05-2026
Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini
Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.
05-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat