ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Semakin Berani Remaja Sekarang, Ibu Bapa Diminta Jangan Benarkan Anak Memandu Tanpa Lesen

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tular satu klip video yang menunjukkan seorang pemandu Proton Wira menghimpit kereta peronda polis sehingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa  mengeluarkan senjata api jenis HK MP5  bagi tujuan keselamatan.

Kejadian berlaku di sebatang jalan di Jalan Bandar Baru, Kuala Nerus, Terengganu, pada Isnin lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail mengesahkan kejadian itu.  

Menurutnya, dua anggota Unit Rondaan Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu yang meronda di kawasan berkenaan terlihat sebuah kereta Proton Wira kelabu dipandu dalam keadaan yang mencurigakan kira-kira 6.30 petang.

Anggota peronda kemudian menghampiri kereta berkenaan dan mengarahkan pemandu untuk berhenti, namun tidak diendahkan dan suspek bertindak melarikan diri dengan memecut laju kenderaannya.

"Anggota kemudiannya mengejar kereta berkenaan sambil mengarahkan suspek berhenti menggunakan pembesar suara berkali-kali, namun tidak dipedulikan.

"Malah, suspek terus berdegil dengan memandu secara berbahaya termasuk menghimpit kereta peronda. Bagi tujuan keselamatan anggota terpaksa mengeluarkan senjata api jenis HK MP5 sebagai amaran keras yang akhirnya berjaya membuat suspek memperlahankan kenderaan dan berhenti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zaki berkata pemeriksaan mendapati suspek yang berusia 16 tahun dan masih bersekolah itu memandu kereta milik abangnya tanpa kebenaran.

Polis telah menghubungi ibu bapa suspek untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Saman dikeluarkan ke atas suspek atas kesalahan memandu tanpa lesen. Dia juga diberi amaran keras dan nasihat supaya tidak mengulangi kesalahan sebelum dibebaskan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW6479

SELANGOR

BSP7052

JOHOR

JYW1093

PULAU PINANG

PSB9635

PERAK

APH2414

PAHANG

CFG4179

KEDAH

KGF6933

NEGERI SEMBILAN

NEK3225

KOTA KINABALU

SJR7357

KUCHING

QAB7143N

Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-03-2024
Berita Auto

21-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto

Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.

06-05-2026
Berita Auto

Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.

Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.

06-05-2026
Berita Auto

Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton

Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.

06-05-2026
Berita Auto

Murid Maut Dilanggar Van

Tragedi di Pintu Pagar Sekolah: Murid Tahun 2 Maut Dilanggar Van.

06-05-2026
Berita Auto

Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%

MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.

05-05-2026
Berita Auto

Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini

Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.

05-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.