Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx didedahkan lagi di media social sekali gus memberi bayangan ia bakal dilancarkan di pasaran tempatan, tidak lama lagi.
Kenyataan itu dilihat berasas memandangkan Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors) sudah pun membuka tempahan, sebentar tadi.
Berdasarkan imej teaser dan pengumuman tempahan tersebut, syarikat itu memilih untuk menyiarkan siluet kenderaan compact crossover SUV itu dalam keadaan gelap.
Malangnya, tiada butiran lain didedahkan, namun kami yakin model pesaing kepada Honda WR-V dan Chery Tiggo Cross ini akan selewat-lewatnya pada suku keempat tahun ini.


Lagipun, sebelum teaser terbaharu ini, Suzuki Cars Malaysia sudah menyuarakan hasrat mereka untuk mengembangkan barisan model tempatan pada tahun ini dengan memperkenalkan Suzuki Fronx baharu serta SUV elektrik baharu e-Vitara EV.
Mengimbas kembali, Suzuki Fronx baharu pertama kali membuat penampilan global di India pada April 2023. Walaupun ia dibangunkan dengan pendekatan mesra bajet, penawaran SUV segmen-B (B-SUV) daripada jenama S ini menjanjikan pengalaman yang tidak kelihatan atau terasa ‘murah’.
Senarai kelengkapan yang ditawarkannya jelas mengukuhkan janji tersebut.
Lebih dekat dengan pasaran tempatan, Suzuki Fronx sudahpun dipasang secara tempatan dan dipasarkan di Indonesia dengan tiga varian ditawarkan, serta pilihan antara enjin pembakaran dalaman (ICE) biasa dan mild-hybrid (MHEV).
Bagi pasaran Malaysia, unit Fronx dijangka diimport dari Indonesia tersebut dan dipasarkan di sini sebagai model ‘ASEAN CBU’.

Di Indonesia, Fronx menggunakan enjin ICE menggunakan enjin petrol 1.5L 4-silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 101 PS dan 135 Nm.
Sementara itu, pilihan MHEV pula menggunakan enjin petrol 1.5L 4-silinder dengan integrated starter generator (ISG) serta bateri lithium-ion 12 volt, dengan output 105 PS dan 138 Nm.

Dari segi saiz, Fronx berukuran 3,995 mm panjang, jarak roda 2,520 mm, lebar 1,765 mm dan tinggi 1,550 mm. Sebagai perbandingan, dimensinya hampir sama dengan Perodua Ativa, Honda WR-V serta Chery Tiggo Cross yang baru dilancarkan.
Walaupun tempahan kini sudah dibuka di bilik pameran dan pengedar sah, harga rasmi masih belum diumumkan. Namun, Suzuki Fronx akan dipasarkan dalam harga yang hampir sama dengan pesaingnya seperti Chery dan Honda.
Untuk makluman, Chery Tiggo Cross dijual bermula RM88,800 (1.5 Turbo) dan RM99,800 (1.5 Hybrid CSH), manakala Honda WR-V pula ditawarkan pada harga RM107,900.
Maka, Suzuki Fronx juga akan dijual dalam lingkungan harga tersebut.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS3613
SELANGOR
BSN6975
JOHOR
JYT9447
PULAU PINANG
PSB432
PERAK
APG3478
PAHANG
CFF9999*
KEDAH
KGE9768
NEGERI SEMBILAN
NEJ9052
KOTA KINABALU
SJR1737
KUCHING
QAB4916N
Terakhir Kemas Kini 01 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Jimny Rhino Dah Masuk M'sia, Ada 30 Biji Je
Suzuki Jimny Edisi Rhino dijual pada harga RM174,900.
20-06-2023
Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"
Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.
23-12-2025
Suzuki Fronx Dilancarkan Di Malaysia – Hibrid Pintar, Dari RM147,888
Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi Suzuki di Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan model crossover kompak terbaru, Suzuki Fronx.
18-11-2025
Ini Dia Suzuki Fronx, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
Pengimport dan pengedar Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors Sdn Bhd) menyiarkan model baharu mereka, Suzuki Fronx, baru-baru ini.
06-08-2025
Berita Terkini
Vibe' SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat