Tempahan Volvo EC40 2026 Motor Tunggal Sudah Dibuka, Harga RM248,888

Volvo EC40 2026 yang hadir dalam varian motor tunggal ditawarkan pada harga RM248,888, iaitu lebih rendah RM40,000 berbanding varian motor berkembar.


Varian single motor ini datang dengan spesifikasi Ultra paling tinggi. Ia menggunakan motor elektrik magnet generasi kedua yang dibangunkan sendiri oleh Volvo, dipasang di gandar belakang.
Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 175 kW (238 hp) dan 420 Nm selain mampu memecut dari0- 100 km/j hanya dalam masa 7.3 saat.
Difahamkan, bateri berkapasiti 70 kWh, membolehkan jarak pemanduan sehingga 488 km (WLTP). Dengan pengecasan pantas DC, baterimya boleh dicas dari 10% ke 80% hanya dalam 26 minit .


Untuk makluman, warna baharu Sand Dune ditawarkan buat kali pertama pada EC40, selain menampilkan tona metalik.
Warna ini mula diperkenalkan pada EX90 model tahun 2025.
Menjengah bahagian, ia tidak menggunakan material kulit sebaliknya digantikan dengan balutan Charcoal Connect suede textile dan Charcoal Microtech bagi menampakkan ia lebih premium dan mesra alam.
Malah, panel papan pemuka dan pintu kini ditambah kemasan Cutting Edge, memberikan imej lebih moden dan tajam.
Sementara itu, Pengarah Jualan Volvo Car Malaysia, Chris Tan berkata, Volvo EC40 merupakan model elektrik sepenuhnya yang kedua yang ditawarkan di Malaysia.
"Volvo, EC40 ini agak menyerlah dengan rekaan Skandinavia moden yang diinspirasikan era elektrik. Disebabkan permintaan pelanggan, kami kini tawarkan pilihan motor tunggal dan kembar bagi memenuhi pelbagai keperluan serta tahap komitmen pemilikan," katanya.
Seperti semua model Volvo lain, EC40 dilengkapi pakej penuh Safe Space Technology termasuk sistem bantuan pemandu terkini, teknologi elak pelanggaran, dan struktur badan diperkukuh untuk melindungi penumpang serta pengguna jalan raya lain.
Bagi pelanggan yang menempah EC40 single motor baharu, Volvo Car Malaysia menawarkan insurans tahun pertama percuma bernilai RM5,600 dan baucar pengecas wallbox bernilai RM5,000.
Maklumat lanjut mengenai Volvo EC40 dan model lain Volvo boleh didapati di http://www.volvocars.com/my atau melalui laman rasmi Facebook (bit.ly/VolvoMY-FB) dan Instagram (bit.ly/VolvoMY-IG).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV5675
SELANGOR
BSU6048
JOHOR
JG3756J
PULAU PINANG
PSG7597
PERAK
APM4804
PAHANG
CFJ2290
KEDAH
KGJ5865
NEGERI SEMBILAN
NEM3916
KOTA KINABALU
SJU6944
KUCHING
QAB8290P
Terakhir Kemas Kini 26 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge