Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .
Menurut Toyota, pemgemaskinian itu dibuat selepas mendapat ilmu dengan pasukan Toyota Gazoo Racing dalam siri perlumbaan ketahanan, Super Taikyu Series.
Antara yang ditambah baik ialah badan jentera ini lebih tegar supaya dapat menahan daya G menegak dan sisi dengan lebih baik memandangkan litar Jepun yang digunakan dalam perlumbaan Super Taikyu biasanya menghasilkan tahap daya yang lebih ekstrem.


Selain itu, bahan perekat struktur juga ditambah pada bahagian cantuman kerangka badan.Ini membuatkan GR Corolla ini menerima bahan perekat sepanjang 32.7 meter, atau 13.9 meter lebih panjang dari yang sebelumnya.
Malah, bahagian yang menerima tambahan bahan perekat ini adalahbahagian badan hadapan, lantai dan sekitar perumah roda belakang.


Bukan itu sahaja, ia juga menerima sistem kemasukan udara ke enjin yang direka semula, menampilkan pengalir udara sejuk yang diaktifkan oleh kelajuan tinggi enjin pada saluran ambilan udara sekunder. Ia terletak di bawah penapis udara untuk menyedut udara dari luar ruang enjin menerusi gril hadapan sekali gus menurunkan suhu udara yang masuk.
Pendek kata, GR Corolla ini tidak akan terlalu panas walaupun dipandu secara agresif.


Perubahan lain yang dibuat pada model 2025 ini juga termasuk sistem audio JBL yang dinaik taraf. Bilangan pembesar suara ditambah daripada lapan kepada sembilan dengan penambahan subwoofer baharu di but. Sistem ini turut berfungsi bersama ciri Active Noise Control (ANC).


Selain itu, model yang dilengkapi dengan pilihan sistem JBL ini turut menawarkan fungsi Active Sound Control. Pemilik sedia ada mengenali ciri ini kerana ia menyalurkan bunyi enjin tiruan yang menurut Toyota, meningkatkan keterujaan pemanduan sporty.
Kemas kini ini membolehkan fungsi Active Sound Control menawarkan tiga corak bunyi serta tiga tahap volum. Toyota juga menambah bahawa bunyi yang dihasilkan kini menyerupai sistem anti-lag, namun pemilik boleh mematikannya sepenuhnya jika mahu.
Perubahan turut berlaku pada kaedah jualan. Bermula dengan model 2025MY terkini ini, Toyota akan meninggalkan sistem undian sebelum ini kerana sistem bekalan telah disemak semula, menjadikan model ini lebih mudah didapati dengan harga tidak berubah.

Di pasaran Jepun, Toyota GR Corolla 2025 versi RZ 6MT berharga ¥5.68 juta (±RM161,783) manakala pilihan 8AT berharga ¥5.98 juta (RM170,329) termasuk cukai pengguna Jepun.

Sehubungan itu, Toyota mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan program naik taraf perisian yang meningkatkan prestasi dan tork maksimum. Kemas kini ini ditujukan kepada pemilik sedia ada dengan model tahun 2023MY ke atas, dan dijangka tiba awal tahun depan.
Naik taraf ini menjanjikan lonjakan 30 Nm tork untuk enjin 1.6L 3-silinder turbo bagi menyamai model facelift semasa. Sebagai peringatan, enjin ini telah dinaik taraf dengan tork 400 Nm – berbanding versi pra-facelift yang hanya menawarkan 370 Nm.


Perisian baharu ini juga memperkenalkan mod ‘Gravel’ dan ‘Track’ yang dipertingkatkan dengan pelbagai tetapan agihan tork depan-belakang.
Selain itu, suite pacuan semua roda GR Four (AWD) juga ditambah baik dengan menggantikan mod ‘Rear’ kepada ‘Gravel’, yang menawarkan agihan tork 30:70 depan/belakang.

Mod ‘Track’ turut diubah suai untuk membolehkan pelarasan agihan tork berubah antara 60:40 hingga 30:70, sebelum ini ia cuma pada 50:50.
Buat masa ini, UMW Toyota Motor secara rasmi hanya menawarkan GR Corolla facelift versi 6MT dengan harga RM367,000.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge