ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengeluaran Coupe Lexus RC & RC F Diakhiri Dengan Edisi Khas – Terhad 200 Unit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lexus-RC-Final-Edition-Japan-2-1843x2048.jpgLexus-RC-F-Final-Edition-Japan-2-1843x2048.jpg


Coupe  Lexus RC dan RC F bakal ditamatkan pengeluarannya November ini


Jenama mewah Toyota, Lexus, bakal mengucapkan selamat tinggal kepada model coupe RC dan RC F dengan memperkenalkan edisi khas "Final Edition". Model ini hanya dikeluarkan sebanyak 200 unit, eksklusif untuk pasaran Jepun dan Amerika Utara. 


Sentuhan Rekaan & Ciri Mekanikal Istimewa 


Lexus-RC-F-Final-Edition-Japan-3-1536x864.jpg2025_Lexus_RCF_FinalEdition_005-1536x1024.jpg2025_Lexus_RCF_FinalEdition_004-1536x1024.jpgLexus-RC-F-Final-Edition-Japan-13-1536x1181.jpgLexus-RC-F-Final-Edition-Japan-11-1536x998.jpg


RC F Final Edition


Menurut Lexus, kedua-dua model coupe ini diberikan penambahbaikan dari segi estetika dan mekanikal. Untuk RC F Final Edition, model ini dipasangkan dengan rim aloi tempa (forged) BBS bersaiz 19 inci dengan kemasan Metal Star Gloss Black. Selain itu, terdapat angkup brek merah Brembo, cermin sisi hitam, serta kit aerodinamik gentian karbon yang diadaptasi daripada pakej karbon model 2024. Edisi ini turut memperkenalkan warna baharu ‘Sonic Iridium’, menjadikan kini  tujuh pilihan warna ditawarkan untuk pembeli di Amerika.


Lexus-RC-Final-Edition-Japan-3-1536x864.jpgLexus-RC-Final-Edition-Japan-5-1536x1358.jpgLexus-RC-Final-Edition-Japan-7-1536x1358.jpgLexus-RC-Final-Edition-Japan-11-1536x1183.jpgLexus-RC-Final-Edition-Japan-9-1536x998.jpg


RC Final Edition


Seterusnya, ditawarkan khas untuk pasaran Jepun iaitu RC Final Edition yang hadir dengan rim aloi Enkei bersaiz 19 inci yang menggunakan kemasan cat “sputtering”. Sama seperti RC F, ia turut menampilkan angkup brek merah dan cermin sisi hitam dengan sisipan smoked. Model ini ditawarkan dalam sembilan pilihan warna, iaitu dua warna lebih banyak berbanding RC F.


Kabin Kekal Mewah & Eksklusif


Lexus-RC-Final-Edition-Japan-12-1536x997.jpgLexus-RC-F-Final-Edition-Japan-14-1536x998.jpg


Kedua-dua model ini menampilkan rekaan dalaman bertemakan gabungan warna hitam dan merah menyala atau Flare Red, lengkap dengan logo khas “Final Edition”. Kabin diberikan kemasan Ultrasuede yang dipadankan bersama jahitan merah dan sisipan gentian karbon. Lexus turut menambah ciri istimewa seperti animasi permulaan khas pada panel instrumen digital.


Pelbagai Konfigurasi Trenkuasa Untuk Pasaran Berbeza


Bagi RC Final Edition, pembeli di Amerika Utara ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu enjin 2.0 liter 4 silinder turbo dan 3.5 liter V6 turbo petrol. Di Jepun, terdapat tambahan pilihan trenkuasa hibrid 2.5 liter. 


Sementara itu, RC F Final Edition dilengkapi enjin 5.0 liter V8 tanpa turbo yang menghasilkan 466 hp. Lexus menyatakan enjin ini telah diperhalusi untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan bunyi enjin yang memukau. Model ini juga menerima peningkatan mekanikal seperti  pembeza gelincir terhad (LSD) yang ditambah baik, menjanjikan respons pecutan yang lebih tajam.


Harga & Ketersediaan Di Pasaran


Kedua-dua RC dan RC F Final Edition kini dibuka untuk tempahan di Jepun. Harga bermula daripada JPY6.66 juta (~RM190,389) untuk RC300 Final Edition, manakala RC F Final Edition pula bermula daripada JPY13.6 juta (~RM392,316).


Edisi terakhir ini bukan sahaja menjadi penghormatan kepada model ikonik Lexus tetapi juga peluang terakhir untuk peminat memiliki coupe ini sebelum ia dihentikan pengeluarannya.


Semakin Menghampiri Pengakhiran


2025_Lexus_RCF_FinalEdition_001-1536x905.jpg


Sejak diperkenalkan pada 2014, siri Lexus RC telah menjadi salah satu model coupe yang popular di peringkat global dengan rekod jualan mencecah 79,000 unit, berada jauh di hadapan pesaingnya, BMW M4 Coupe, yang hanya terjual sebanyak 12,000 unit setakat ini.


Kini, setelah lebih satu dekad, pengeluaran kedua-dua model ini akan ditamatkan pada November tahun ini. Walaupun spekulasi mengenai model penggantinya masih samar, edisi khas ini pastinya menjadi buruan peminat. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQE481

SELANGOR

BSK9346

JOHOR

JYN524

PULAU PINANG

PRW6382

PERAK

APD4292

PAHANG

CFE4766

KEDAH

KGD4663

NEGERI SEMBILAN

NEH9347

KOTA KINABALU

SJP3243

KUCHING

QAB7536M

Terakhir Kemas Kini 18 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.64

-0.02

RON 97

RM 3.27

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.06

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.26

-0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

20-12-2024
Global

23-12-2022
Global

23-12-2022
Kereta Baru

01-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris Runtuh, Mujur Tiada Yang Maut

Gara-gara hujan lebat, Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris, Terengganu pula runtuh, semalam.

18-12-2025
Berita Auto

Plus Jangka 2.2 Juta Kereta Sehari Sempena Cuti Sekolah, Krismas

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 2.2 juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya dalam sehari bermula dari 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini.

18-12-2025
Berita Auto

Perhatian, Harga Minyak Turun Lagi Bermula 18-24 Dis 2025

Semua harga minyak turun bermula 18 hingga 24 Disember ini.

17-12-2025
Berita Auto

Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan

Perodua mengakui model terbaharunya, Perodua Traz yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi mempunyai pasarannya yang tersendiri.

17-12-2025
Berita Auto

Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!

JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang yang memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah.

17-12-2025
Berita Auto

Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026

Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

16-12-2025
Berita Auto

OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!

Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards'.

16-12-2025
Berita Auto

Denza Laku Keras, Lebih 1,000 Unit Denza D9 Telah Dihantar Kepada Pelanggan

Denza mencatatkan pencapaian bermakna apabila 1,002 unit Denza D9 telah dihantar kepada pelanggan.

16-12-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.