Tesla Model Y: Tesla Model Y 2025 Atau Model Y 2024? Mana Satu Pilihan Pembeli?
Tesla Malaysia sudah pun membuka tempahan untuk Tesla Model Y Juniper 2025 baru-baru ini.
Model facelift Tesla Model Y ini hadir dengan dua varian dimana pacuan roda belakang (RWD) ditawarkan pada harga RM195,450.
Varian ini yang dilengkapi motor elektrik tunggal mampu menghasilkan kuasa setakat 299PS dan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.9 saat.
Namun, kelajuan maksimum kini dikurangkan kepada 201km/j berbanding 217km/j sebelum ini.
Varian kedua adalah model Long-Range pacuan semua roda (AWD), yang menggunakan motor elektrik 264PS pada gandar belakang dan motor 186PS pada gandar hadapan.
Varian ini pula mampu menghasilkan kuasa setakat 450PS. Dengan kuasa tambahan ini, SUV ini mampu mencapai kelajuan 0-100km/j hanya dalam 4.3 saat. Dengan harga RM242,450, jarak perjalanan kini meningkat sebanyak 30km daripada Model Y sebelumnya, menjadikan jarak maksimum 719km.
Di sebalik itu, difahamkan, Tesla Malaysia juga sedang mengadakan jualan penghabisan stok untuk model Tesla Model Y 2024.
Ini kerana berdasarkan laman web Tesla, sekurang-kurangnya 14 unit yang ditawarkan pada harga diskaun iaitu 6 unit RWD, 2 varian Long Range pacuan semua roda (AWD) dan 6 unit Performance AWD.
Bagi Model Y RWD, ia berharga antara RM173,800 dan RM194,800, bergantung kepada ciri-ciri yang ditawarkan.
Untuk model terbabit, terdapat penjimatan sehingga RM21,650 berbanding dengan model tahun 2025.
Sementara itu, harga untuk AWD Long Range 2024 pula bermula dari RM255,500 manakala AWD Performance (RM254,400) dimana ia merupakan satu-satunya tawaran unik memandangkan varian in masih belum tersedia untuk versi 2025.
Apa yang menjadi persoalan walaupun stok 2024 ditawarkan dengan penjimatan harga, adakah pembeli akan memilih model lama atau sanggup menunggu model 2025?
Gallery




Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPH2815
SELANGOR
BSF6931
JOHOR
JYC449
PULAU PINANG
PRR7214
PERAK
ANW9450
PAHANG
CFC2835
KEDAH
KGB1182
NEGERI SEMBILAN
NEG3074
KOTA KINABALU
SJL4116
KUCHING
QAB5530L
Terakhir Kemas Kini 25 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.07
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2025
Berita Terkini
Grab Lancar Perkhidmatan EV Di KLIA
Untuk permulaan, perkhidmatan e-hailing EV dimulakan dengan 10 unit kenderaan BYD M6.
25-06-2025
BYD Atto 3 Terjual 1 Juta Unit Kurang 4 Tahun Pelancarannya – 30 Unit Setiap Jam
SUV elektrik (EV) popular, BYD Atto 3, mencatatkan pencapaian luar biasa dengan jualan terkumpul melebihi 1 juta unit di seluruh dunia.
23-06-2025
Tun Mahathir Pandu Uji Proton e.MAS 7 Pada Usia Hampir 100 Tahun
Walaupun usia hampir menjengah 100 tahun pada bulan depan, namun itu tidak menjadi penghalang buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memandu uji Proton, e.MAS 7.
22-06-2025
Ini Dia Volkswagen ID.Buzz AD Versi Pengeluaran – Tidak Perlu Pemandu, Lancar Tahun Depan
Volkswagen menerusi subjenama mobiliti, MOIA, telah memperkenalkan versi pengeluaran bagi van elektrik autonomi yang pertamanya, Volkswagen ID.Buzz AD.
20-06-2025
Lalamove Lancar Van Elektrik Baharu, Sesuai Untuk Kegunaan Bandar, Tapi Belum Masuk Malaysia
Lalamove mengorak setapak ke hadapan apabila mula menceburi bidang pembuatan kenderaan elektrik (EV) dengan melancarkan jenama sendiri, DuoLa Auto, baru-baru ini.
19-06-2025
Dilancar: Nissan Leaf 2026, Badan Mantap, Bikin Geram, 214 HP, Sekali Cas Boleh Pergi Setakat 488KM
Selepas beberapa teaser dan pengumuman sebelum ini, Nissan Leaf generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.
19-06-2025
Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja
Skuter elektrik yang cukup bergaya, Yadea GT20 sudah dilancarkan di Malaysia.
18-06-2025
Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart
PRO-NET lancarkan pusat pengedaran baharu Proton e.MAS dan smart di Kota Kinabalu, IOI Putrajaya dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
18-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat