ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

30 Anak Muda Tertarik Jadi Penolong Pemandu Lokomotif

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seramai 30 anak muda Malaysia sanggup meninggalkan kerjaya lama demi mencari cabaran baharu sebagai penolong pemandu lokomotif sekali gus menjadi tenaga mahir tempatan pertama dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Antara mereka ialah Steven Liu, 28; V. Paarthibann, 29, dan Mohamad Zulfaqar Mohamad Forzan, 35, yang mengikuti Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) di Liuzhou Railway Vocational Technical College di China selama tiga minggu pada November tahu lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak dalam kenyataan berkata, penolong pemandu lokomotif itu akan mendapat latihan praktikal mengendalikan lokomotif elektrik (e-Loco) canggih ECRL yang dijadualkan beroperasi secara komersial bermula Januari 2027 bagi tujuan pengangkutan kargo sepanjang jajaran ECRL.

"Latihan penolong pemandu lokomotif ini adalah sebahagian daripada inisiatif PLKI-ECRL untuk memperkukuh komitmen projek ECRL dalam melahirkan bakat rel tempatan dengan menyediakan kumpulan tenaga kerja berkemahiran yang bersedia seiring kemajuan projek menuju operasi penuh," katanya.

Semua penolong pemandu lokomotif itu akan berpeluang untuk terus maju dalam kerjaya mereka sebagai pemandu lokomotif sepenuhnya dan pemandu tren Electric Multiple Unit (EMU) yang akan membawa penumpang dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor.

Untuk makluman, sebanyak  12 unit e-Loco dan 11 set tren EMU enam gerabak diperoleh untuk perkhidmatan kargo dan penumpang ECRL masing-masing.

Dua unit pertama e-Loco serta dua set pertama tren EMU enam gerabak dijangka tiba di Malaysia menjelang akhir tahun ini,.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQC7594

SELANGOR

BSK6752

JOHOR

JYM4329

PULAU PINANG

PRW4139

PERAK

APD2017

PAHANG

CFE3907

KEDAH

KGD3488

NEGERI SEMBILAN

NEH8169

KOTA KINABALU

SJP1955

KUCHING

QAB7089M

Terakhir Kemas Kini 07 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.66

+0.03

RON 97

RM 3.29

+0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.08

EURO 5 B7

RM 3.28

Terakhir Kemas Kini 04 Dec, 2025

Berita Terkini

Berita Auto

Bakal Pasangan Maut, KKR Ucap Takziah, Orang Awam Dinasihati Patuhi Papan Tanda Amaran Jalan Raya

KKR mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang jatuh gaung di Terengganu, semalam.

07-12-2025
Berita Auto

Jalin Kerjasama: PRO-NET, Alibaba Cloud Untuk Pacu Transformasi Digital

PRO-NET menjalinkan kerjasama dengan Alibaba Cloud, rangkaian teknologi digital dan kepintaran buatan Alibaba Group, untuk memacu agenda transformasi digital di negara ini.

05-12-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Toyota Dari Jan-Nov 2025 Catat 88,133 Unit

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan kereta sebanyak 88,133 unit dalam tempoh 11 bulan ini .

05-12-2025
Berita Auto

MoT Perhalusi Bangunkan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang Di Pulau Carey

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang memperhalusi kaedah pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey (JPPC).

05-12-2025
Berita Auto

Pemandu, Kelindan Lori Maut Dihempap Lori Tipper

Pemandu dan kelindan treler maut akibat tersepit selepas dihempap lori Tipper yang diangkut mereka.

04-12-2025
Berita Auto

Minyak Naik: Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Naik 3 Sen Bermula Esok

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara meningkat tiga sen seliter masing-masing, bermula esok

03-12-2025
Berita Auto

Bank Dunia Cadang RON95 RM2.65! PMX Tolak Demi Rakyat, Kekal RM1.99

PMX sahkan kerajaan tolak cadangan Bank Dunia tetapkan harga RON95 ikut pasaran. Penyasaran subsidi RON95 kekal (RM1.99/liter) untuk membantu rakyat dan membantu kerajaan capai penjimatan RM15.5 bilion setahun.

03-12-2025
Berita Auto

Nak Elak Tanah Runtuh, Pemuda Terjunam Dalam Gaung, Mujur Selamat

Gara-gara mahu mengelak tanah runtuh, seorang pemuda berusia 19 tahun nyaris maut apabila kereta jenis Proton Satria Neo yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung.

03-12-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.