Aerotrain Rosak Lagi, MOT Arah APAD Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB

Kementerian Pengangkutan (MOT) sudah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membuka kertas siasatan terhadap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ia berikutan MOT mendapati perkhidmatan Aerotrain masih berdepan gangguan walaupun sudah beroperasi semula selama beberapa bulan.
"Saya telah mengarahkan APAD membuka kertas siasatan terhadap MAHB selaku pengendali perkhidmatan Aerotrain.
"Pada peringkat awal operasi Aerotrain, kementerian mengambil maklum MAHB memerlukan masa bagi menyesuaikan diri memandangkan perkhidmatan tersebut berada dalam fasa penyesuaian awal.
"Bagaimanapun, memandangkan perkhidmatan Aerotrain sudah beroperasi selama beberapa bulan, APAD akan mengambil tindakan tegas terhadap MAHB bagi setiap insiden gangguan perkhidmatan yang berlaku," katanya dalam satu kenyataan.
Sejak beroperasi semula pada 1 Julai lalu, Aerotrain mengalami masalah sebanyak 19 kali disebabkan isu teknikal seperti semboyan dan faktor manusia seperti penumpang cuba membuka pintu dan insiden terbaharu berlaku awal pagi tadi.
Loke berkata, lesen pengendali yang dikeluarkan kepada MAHB menetapkan syarikat terbabit wajib memastikan tahap perkhidmatan Aerotrain yang memuaskan kepada pengguna.
"Di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, pelanggaran syarat lesen pengendali boleh dikenakan kompaun sehingga RM250,000 bagi setiap kesalahan," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6526
SELANGOR
BSQ8454
JOHOR
JYY7485
PULAU PINANG
PSD1321
PERAK
APJ2503
PAHANG
CFG7912
KEDAH
KGG5216
NEGERI SEMBILAN
NEK6635
KOTA KINABALU
SJS4331
KUCHING
QAB119P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat