Apa Nak Jadi? Pemandu Kereta Paling Banyak Kena Saman, "Sapu Bersih" 13,365 Saman!

Percaya atau tidak, hampir 17,000 saman dikeluarkan kepada pengguna lalu lintas dan pejalan kaki di sekitar ibu negara, sepanjang Operasi Patuh Undang-Undang (OP PUU) sejak 1 Oktober lalu.
Lebih malang, pemandu kereta direkodkan sebagai kategori paling ramai diberikan saman sebanyak 13,365 saman disusuli dengan penunggang motosikal dengan jumlah 2,813 saman.
Perkara itu didedahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus. Menurutnya operasi itu dilaksanakan selepas pihaknya memberikan tempoh masa bermula dari 6 September hingga 30 September lalu dalam konteks advokasi (Advokasi OP PUU) atau peringatan kepada pengguna lalu-lintas sebelum diberikan tindakan saman bermula Rabu minggu lalu.

"Masyarakat perlu sedar dan mengubah sikap mementingkan diri ketika berada di atas jalan raya dengan mematuhi undang-undang lalu-lintas
"Selepas kita memberikan peringatan dan nasihat sebelum ini, kini tiada lagi toleransi untuk mereka yang masih berdegil," katanya dalam kenyataan.
Selain pemandu kereta dan penunggang motosikal, 200 saman dikeluarkan kepada pemandu van dan kenderaan pikap, pemandu lori (141), bas (6), teksi (62) dan pejalan kaki (381).
Kesalahan paling banyak dikesan adalah halangan lalu-lintas iaitu sebanyak 11,720 saman, mengabaikan isyarat lalu-lintas (2,036), tiada/tamat tempoh lesen memandu (702), lain-lain kesalahan (568), tiada/tamat tempoh LKM (489), tidak ikut jejantas/lintasan pejalan kaki (381).
Kesalahan lain adalah menggunakan nombor pendaftaran kotor/kabur/fency (mengelirukan), tidak ikut peraturan (374), tidak berhenti di lampu isyarat (148), tidak memakai topi keledar/tidak kemas (135), ubahsuai kenderaan (80), berhenti melebihi garisan putih (75), guna telefon bimbit semasa memandu (70), tidak pakai tali pinggang keledar (93), berhenti di petak kuning (95) dan memotong barisan atau garisan berkembar (2).
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tahniah Bagi Yang Dah Bayar Saman, Polis KL Kutip Saman RM7.2 Juta
Tahniah bagi mereka yang berjaya membayar saman Polis Diraja Malaysia sempena pemberian diskaun saman polis sebanyak 70% yang akan berakhir hari ini.
30-12-2025
Lebih 33,000 Pengguna Jalan Raya KL Disaman Dalam Tempoh 11 Hari
Polis Kuala Lumpur mengeluarkan sejumlah 33,362 saman dalam tempoh 11 hari.
15-06-2024
Hati-Hati Pengguna Jalan Raya KL, Polis Jalan Operasi Hormat Undang-Undang Bermula Hari Ini
Polis Kuala Lumpur telah mengumumkan pelaksanaan Operasi Hormat Undang-Undang (Op HUU) bermula hari ini, 4 Jun sehingga 15 Jun depan.
04-06-2024
Berita Terkini
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
