Apa Nak Jadi, Perkhidmatan Aerotrain Semakin Kerap Tergendala

Nampaknya, gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semakin menjadi-jadi apabila perkhidmatan itu sekali lagi tergendala, malam tadi.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memaklumkan prosedur pemulihan penumpang telah diaktifkan segera sejurus insiden berlaku, dengan pasukan tindak balas lapangan terbang digerakkan bagi membantu penumpang keluar ke terminal dengan selamat.
“Salah satu tren Aerotrain kembali beroperasi pada jam 9.27 malam selepas bekalan dipulihkan, manakala kerja-kerja pembaikan terhadap tren kedua masih dijalankan,” katanya.
Sebagai langkah alternatif, pengendali lapangan terbang turut menyediakan pengangkutan sementara bagi memastikan pergerakan penumpang antara bangunan terminal utama dan satelit tidak terjejas.
“KLIA sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran serta pemahaman semua penumpang sepanjang kerja pemulihan dijalankan,” katanya
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata bentuk tindakan bakal diambil akan dibincangkan di peringkat kementeriannya.

Pihak kontraktor juga tidak wajar lepas tangan memandangkan mereka didenda kerana insiden gangguan aerotrain yang tidak sepatutnya berlaku.
"Kita tak bagi alasan kepada syarikat MAHB atau kontraktor. Satu kali gangguan pun kita rasa tak patut. Jadi mereka kena pastikan sebaiknya kalau boleh 100 peratus tak ada apa-apa gangguan. Jadi pihak MAHB akan mendenda pihak kontraktor sebab dia ada dua tahun, dia masih dalam tempoh liabiliti. Apa-apa gangguan dan kalau tak dapat standard perkhidmatan, maka pihak MAHB akan denda.
"Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebagai regulator kepada mana-mana tren sistem, kita juga boleh ambil tindakan kepada MAHB. Perkara ini saya akan bincangkan di peringkat MoT. Walaupun MAHB itu GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) tetapi ia juga tertakluk kepada pelesenan kita. Jadi melalui APAD, kita boleh ambil tindakan denda (kepada) MAHB kalau mereka tak dapat beri tindakan terbaik kepada penumpang," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU8709
SELANGOR
BSU5416
JOHOR
JG2045J
PULAU PINANG
PSG6453
PERAK
APM4216
PAHANG
CFJ1895
KEDAH
KGJ5443
NEGERI SEMBILAN
NEM3599
KOTA KINABALU
SJU6455
KUCHING
QAB7995P
Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perkhidmatan Terjejas Sering Terjejas: Aerotrain Kini Jalani Pemeriksaan Setiap Hari
Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan harian bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.
10-11-2025
Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain
Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain.
29-10-2025
Dah 20 Kali Aerotrain Rosak, Kali Ini Sebab Masalah Sistem Bekalan Kuasa
Malaysia Airports Holdings Berhad mengesahkan masalah pada sistem bekalan kuasa telah dikenal pasti sebagai punca gangguan perkhidmatan Aerotrain, semalam.
29-10-2025
Aerotrain Rosak Lagi, MOT Arah APAD Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB
MOT sudah mengarahkan APAD membuka kertas siasatan terhadap MAHB susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
28-10-2025
Aerotrain KLIA Rosak Lagi, Penumpang Terpaksa Berjalan Kaki Dalam Gelap Dengan Bagasi
Perkhidmatan Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi ‘buat masalah’ apabila dilaporkan mengalami kerosakan teknikal pada awal pagi tadi.
28-10-2025
Aerotrain Bawa 2 Juta Penumpang Sejak Mula Operasi 1 Julai
Aerotrain tetap membawa jumlah penumpang yang ramai biarpun berdepan beberapa insiden gangguan perkhidmatan.
28-08-2025
Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal.
07-08-2025
Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal
Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.
05-08-2025
Berita Terkini
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang
Tiket Bas Khas Rapid KL Mula Dijual 22 Okt.
20-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
