ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

BYD Atto 8 Bersedia Buat Kemunculan Global – Bakal Tiba Di Malaysia?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BYD-Atto-8-Caricarz-(2).jpg


Syarikat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, mengumumkan penjenamaan semula SUV Tang L untuk pasaran antarabangsa. Model flagship terbaru itu kini dikenali sebagai BYD Atto 8 dan bersedia untuk menembusi pasaran global, dengan kemungkinan besar turut termasuk Asia Tenggara.


Trenkuasa Hibrid DM-p: Gabungan Kuasa & Kecekapan


BYD-Atto-8-Caricarz-(2).pngBYD-Atto-8-Caricarz-(4).png


Di China, model Tang L (di bawah siri Dynasty BYD) telah mencatatkan jualan memberangsangkan, mencecah lebih 30,000 unit sejak dilancarkan pada April 2025 dengan harga bermula dari RMB229,800 hingga RMB289,800 (kira-kira RM136,000 hingga RM172,000).


Untuk kemunculan globalnya yang menggunakan nama baharu, Atto 8, SUV ini akan menampilkan sistem plug-in hybrid (PHEV) canggih, DM-p, dari BYD.


BYD-Atto-8-Caricarz-(3).pngBYD-Atto-8-Caricarz-(8).jpg


Spesifikasi sistem PHEV DM-p Atto 8:

  • Enjin: 1.5 liter pengecas turbo
  • Motor: Dwi-motor elektrik (sepasang)
  • Kuasa Gabungan: 400 kW (bersamaan 536 hp)
  • Pecutan: 0-100 km/j dalam hanya 4.3 saat (prestasi yang mampu menyaingi SUV premium Eropah)
  • Bateri: Pek bateri LFP 35.62 kWj yang menawarkan jarak elektrik tulen sehingga 150 km.
  • Jarak Keseluruhan: Dengan tangki petrol 60 liter, julat keseluruhan melebihi 1,000 km (berdasarkan kitaran CLTC) yang ideal untuk perjalanan jarak jauh.

BYD-Atto-8-Caricarz-(6).pngBYD-Atto-8-Caricarz-(7).png


Atto 8 PHEV menyokong pengecasan pantas DC sehingga 71 kW, membolehkan tenaga bateri dicas dengan cepat. 


Saiz ‘Gergasi,’ Kabin 7 Tempat Duduk


BYD-Atto-8-Caricarz-(5).pngBYD-Atto-8-Caricarz-(1).png


Atto 8 bukan sahaja mengagumkan dari segi prestasi dan kecekapan sistem hibridnya, tetapi ukurannya juga menjadikannya sebuah SUV keluarga bersaiz penuh yang selesa. Model ini boleh memuatkan tujuh orang penumpang dengan tujuh tempat duduk yang luas. Dari segi ukuran, model ini memiliki panjang 5,040 mm, lebar 1,996 mm, tinggi 1,760 mm dan jarak roda 2,950 mm. 


BYD-Atto-8-Caricarz-(5).jpg


Versi EV Tulen Dengan Kuasa Cecah 1,086 HP Bakal Diperkenalkan?


Perancangan BYD tidak terhenti di situ. Versi elektrik tulen (EV) Atto 8 juga dijangka akan dilancarkan dengan dua konfigurasi kuasa yang luar biasa:

  • Pacuan Roda Belakang (RWD): Menghasilkan 580 kW (bersamaan 777 hp).
  • Pacuan Semua Roda (AWD): Menghasilkan 810 kW (bersamaan 1,086 hp) membolehkan pecutan dari 0–100 km/j sepantas 3.9 saat!

Versi EV ini dikuasakan oleh bateri LFP berkapasiti tinggi 100.5 kWj, menjanjikan jarak perjalanan antara 560 hingga 670 km, meletakkan Atto 8 sebagai salah satu SUV elektrik dengan kemampuan paling tinggi dalam portfolio BYD.

BYD Di Pasaran Malaysia

Di Malaysia, perkembangan ini sangat penting kerana BYD komited dengan pemasangan tempatan (CKD), oleh itu, tidak mustahil untuk syarikat ini membawa masuk Atto 8, menjadikan kita sebagai negara terawal yang menerima model ini di rantau Asia Tenggara. Nantikan perkembangan yang akan kami kongsikan dari masa ke masa. 

Baca: BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD-Atto-8-Caricarz-(4).jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP6710

SELANGOR

BST6147

JOHOR

JE690J

PULAU PINANG

PSF4736

PERAK

APL4145

PAHANG

CFH7023

KEDAH

KGJ204

NEGERI SEMBILAN

NEL7938

KOTA KINABALU

SJU467

KUCHING

QAB5461P

Terakhir Kemas Kini 12 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.

11-09-2026
Global
BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Berita Auto
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim

Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim

Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.

05-08-2026
Berita Auto
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto
Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.

17-03-2026

Berita Terkini

Global
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global
BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.