Dongfeng Box 2025 Raih Euro NCAP 3 Bintang – Apa Yang Kurang?
-full_normal.jpg)
Dongfeng Box 2025 menerima penarafan tiga bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
Model hatchback elektrik bersaiz kompak ini menerima skor sebanyak 69% untuk perlindungan penumpang dewasa, 81% untuk penumpang kanak-kanak, 67% untuk pengguna jalan raya yang terdedah dan 77% dalam kategori bantuan keselamatan.
Perlindungan Penumpang Dewasa
-full_normal.jpg)
Dalam ujian keselamatan penumpang dewasa, Dongfeng Box menunjukkan prestasi baik dalam perlindungan sudut badan yang kritikal kesan daripada hentaman pada sudut tepi. Namun, perlindungan untuk sisi jauh atau far-side iaitu bahagian penumpang bertentangan dengan arah hentaman dianggap lemah kerana tiada beg udara tengah atau sistem untuk mengelakkan kepala penumpang hadapan daripada berlanggaran.
The Box juga mencatatkan skor yang tidak begitu tinggi dalam aspek perlindungan bagi hentaman dari sudut depan. Beberapa sambungan pada tiang A gagal, melemahkan kekuatan badan kenderaan. Lebih merisaukan, kedua-dua pintu depan tidak dapat dibuka selepas kemalangan, yang boleh menyukarkan usaha menyelamat.
Beg udara di bahagian pemandu juga kurang memberi perlindungan untuk menghalang kepala daripada terkena stereng, dan papan pemuka berisiko mencederakan kaki.
Euro NCAP turut menyatakan bahawa model ini agak “agresif” dalam kemalangan kerana ia memindahkan banyak daya hentaman kepada kenderaan lain yang terlibat.
Perlindungan Kanak-Kanak
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Aspek keselamatan kanak-kanak merupakan satu kelebihan bagi Dongfeng Box kerana berjaya mencatatkan skor yang tinggi, 81%, dalam ujian perlanggaran menggunakan dummy berumur 6 dan 10 tahun semasa menerima impak dari depan dan sisi.
Yang menariknya, beg udara yang disediakan di hadapan penumpang depan boleh dimatikan untuk membolehkan pemasangan kerusi kanak-kanak yang menghadap ke belakang. Status pengaktifan atau ketiadaan ciri beg udara ini dapat dilihat dengan jelas melalui penunjuk visual di papan pemuka.
Pengguna Jalan Raya Terdedah
Perlindungan bagi pengguna jalan yang terdedah kepada bahaya seperti pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal mencatatkan skor 67%. Sistem Brek Kecemasan Autonomi (AEB) pada model ini berupaya mengesan dan bertindak terhadap pejalan kaki, penunggang basikal dan penunggang motosikal dengan baik, tetapi tidak dapat mengesan pejalan kaki di bahagian belakang kenderaan dan tidak mampu mengelakkan kemalangan membabitkan penunggang basikal semasa pintu dibuka.
Sistem Bantuan Pemandu
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Sementara itu, sistem bantuan pemandu mencatat skor 77%, dengan fungsi kawalan lorong, bantuan kelajuan dan amaran pemasangan tali pinggang yang semua diberi penilaian 'baik'.
Harga & Persaingan Di Malaysia
-full_normal.jpg)
Di Malaysia, Dongfeng Box dijual dengan harga bermula dari RM100,000, dilengkapi bateri 43.89 kWj dan jarak pemanduan sehingga 430 km. Namun, dengan kehadiran Proton e.MAS 5 dan Perodua eMO-II yang bakal dilancarkan pada harga kurang RM80,000 tahun ini, Box mungkin akan berdepan dengan cabaran sengit dalam segmen EV bajet tempatan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2404
SELANGOR
BSU8098
JOHOR
JG8719J
PULAU PINANG
PSH2047
PERAK
APM7068
PAHANG
CFJ3315
KEDAH
KGJ7023
NEGERI SEMBILAN
NEM4982
KOTA KINABALU
SJU9746
KUCHING
QAB9429P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge