Empat Pengecas Pantas Tesla Supercharger V4 Kini Di Pavilion Damansara Heights
-full_normal.jpg)
Tesla Malaysia memperluaskan jaringan pengecasan pantasnya dengan melancarkan stesen Supercharger V4 baharu yang terletak strategik di Pavilion Damansara Heights.
Supercharger V4 Pavilion Damansara Heights
Stesen ini menempatkan empat unit Supercharger V4, penambahan kepada enam unit pengecas AC, Destination Charger, sedia ada di pusat beli-belah tersebut. Setiap unit Supercharger V4 yang baru dipasang ini mempunyai keupayaan untuk menyalurkan kuasa sehingga 250 kW.
Segala urusan pengecasan dan pembayaran boleh dibuat melalui aplikasi Tesla, membolehkan pemilik memulakan, memantau dan menamatkan sesi pengecasan dari jarak jauh.
Kadar yang dikenakan untuk Supercharger ini bermula dari RM0.63 hingga RM1.07 bagi setiap kWj. Pengguna digalakkan untuk mengeluarkan kenderaan mereka sejurus selesai mengecas. Ini kerana bayaran sehingga RM4.00 seminit akan dikenakan sekiranya semua petak pengecasan penuh dan kenderaan masih bersambung dengan sistem pengecas walaupun sesi pengecasan telah tamat.
Destination Charger Pavilion Damansara Heights
-full_normal.jpg)
Selain Supercharger V4 yang berbayar, pemilik Tesla boleh menggunakan enam unit Destination Charger di lokasi sama secara percuma. Kemudahan ini sama seperti Destination Charger Tesla lain, memberikan nilai tambah yang menarik terutamanya kepada mereka yang merancang untuk mengunjungi atau berada di lokasi sama buat jangka masa yang lama.
Dengan pengaktifan pengecas Tesla di Pavilion Damansara Heights, rangkaian pengecasan Tesla di Malaysia kini telah mencapai 16 stesen Supercharger (dengan 72 Supercharger) dan 16 lokasi Destination Charger (dengan 73 pengecas).
Tesla turut mengumumkan bahawa Program Pengecasan Rumah (Home Charging Programme) mereka telah diguna pakai oleh lebih 9,000 isi rumah di Malaysia.
Lokasi Baharu Dalam Perancangan: Nexus, Queensbay & Mid Valley Southkey
Bukan itu sahaja, Tesla mengesahkan lebih banyak Supercharger akan dipasang di seluruh negara. Lokasi-lokasi baharu yang telah diumumkan termasuk:
- Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur.
- Queensbay Mall, Pulau Pinang.
- The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.
-full_normal.jpg)
Adakah dengan kemudahan sebegini, lebih ramai rakyat Malaysia akan beralih kepada jenama Tesla pada masa akan datang?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9845
SELANGOR
BST4781
JOHOR
JD6722J
PULAU PINANG
PSF3570
PERAK
APL2819
PAHANG
CFH6385
KEDAH
KGH9062
NEGERI SEMBILAN
NEL7095
KOTA KINABALU
SJT9166
KUCHING
QAB5223P
Terakhir Kemas Kini 06 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat