ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tesla Model 3 LR RWD Dilancarkan Di Malaysia – Cecah 750 KM, Dari RM185,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

image-(63)a.jpg


Tesla dalam diam menawarkan varian baharu untuk Model 3 di Malaysia, iaitu varian Long Range Rear-Wheel Drive (LR RWD). Kini, varian ini tersedia untuk konfigurasi atas talian bermula dari RM185,000.


Tesla-Model-3-LR-RWD-(1).jpg


Selain memperkenalkan varian LR RWD, Tesla turut membuat semakan semula harga kesemua Model 3 lain. Varian RWD versi standard kini bermula dari RM169,000, Dual Motor Long Range All-Wheel Drive (AWD) pada RM199,000 dan Dual Motor Performance AWD pada RM229,000.


Kelengkapan Tesla Model 3 LR RWD


Tesla-Model-3-LR-RWD-(11).jpg


Model 3 LR RWD ditawarkan dalam pilihan warna standard Stealth Grey dan dipasangkan dengan rim Photon berukuran 18 inci dengan warna tema kabin hitam. Untuk kelihatan lebih menyerlah di jalan raya, pembeli boleh menaiktaraf jentera dengan pilihan lain yang termasuk warna badan berbeza dengan caj bermula RM5,000, rim NOVA 19 inci pada RM7,500 dan kemasan kabin putih pada harga RM5,000.


image-(64).jpg


Seperti model lain, Model 3 LR RWD didatangkan standard dengan sistem Basic Autopilot. Pakej Enhanced Autopilot dan Full Self-Driving turut ditawarkan, masing-masing dengan caj tambahan sebanyak RM16,000 dan RM32,000.


Dari segi ukuran, model ini mempunyai panjang 4,720 mm, lebar 2,089 mm dan tinggi 1,441 mm dengan berat 1,765 kg. 


Untuk simpanan barangan, gabungan ruang kargo depan dan belakang memberikan kapasiti simpanan kesuluruhan 682 liter.


Ciri Mekanikal Tesla Model 3 LR RWD


Tesla-Model-3-LR-RWD-(5).jpgcompositor-(1).jpgTesla-Model-3-LR-RWD-(4).jpg


Dengan rim 18 inci, LR RWD mampu capai jarak pemanduan sehingga 750 km berdasarkan standard WLTP, manakala versi rim 19 inci pula sekitar 691 km. Ia boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat. Dari segi pengecasan, menggunakan Tesla Supercharger 250 kW,  dengan cas hanya 15 minit boleh menambahkan jarak perjalanan sehingga 311 km.


Model untuk pasaran Malaysia mendapat manfaat daripada kemas kini (hardware updates) terbaru Tesla, selain tuil isyarat yang kini kembali disediakan, logo Tesla berwarna hitam matte dan kamera hadapan yang menyokong sistem bantuan pemandu yang canggih. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE8474

SELANGOR

BSR3881

JOHOR

JYB8738

PULAU PINANG

PSD5298

PERAK

APJ5917

PAHANG

CFG9825

KEDAH

KGG8392

NEGERI SEMBILAN

NEK8172

KOTA KINABALU

SJS8412

KUCHING

QAB1460P

Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV
Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
Kereta Baru
Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard.

23-01-2026
EV
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV
Empat Pengecas Pantas Tesla Supercharger V4 Kini Di Pavilion Damansara Heights

Empat Pengecas Pantas Tesla Supercharger V4 Kini Di Pavilion Damansara Heights

Tesla Malaysia memperluaskan jaringan pengecasan pantasnya dengan melancarkan stesen pengecasan pantas Supercharger V4 baharu yang terletak strategik di Pavilion Damansara Heights.

21-10-2025
Berita Auto
Tesla Hantar Kereta Ke-10,000 Kepada Pembeli

Tesla Hantar Kereta Ke-10,000 Kepada Pembeli

Dua tahun sejak penubuhannya, Tesla Malaysia kini mencapai satu pencapaian baharu dengan menyerahkan kenderaan yang ke-10,000, baru-baru ini.

29-09-2025
EV
Tesla Supercharger Kini Di i-City Finance Avenue – Dari RM1.19/kWj

Tesla Supercharger Kini Di i-City Finance Avenue – Dari RM1.19/kWj

Tesla Malaysia memperluaskan rangkaian pengecasan pantasnya dengan pembukaan stesen Supercharger V4 baharu di i-City Finance Avenue, Shah Alam.

11-06-2025
EV
Tesla Model Y di Malaysia: Tiada Lagi "Launch Series", Harga Kekal Sama, Tapi...

Tesla Model Y di Malaysia: Tiada Lagi "Launch Series", Harga Kekal Sama, Tapi...

Model Y "Launch Series" kini secara rasminya telah habis terjual!

03-04-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.