ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_Ferrari-12Cilindri_launch_-10.jpg


Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’. Model ini dijangka dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.


web_TA_CariCarz_Ferrari-12Cilindri_launch_-2.jpgweb_TA_CariCarz_Ferrari-12Cilindri_launch_-25.jpg19-Ferrari-Purosangue-MY-Premiere.jpg


Elettrica akan muncul sebagai sebuah GT empat pintu seperti Purosangue dan bukannya dalam versi coupe sporty dua pintu.


Berbeza dengan imej Ferrari yang biasanya muncul dalam versi coupe sporty dua pintu, Elettrica hadir sebagai sebuah GT empat pintu dengan empat tempat duduk yang mewah. Ia secara tidak langsung menggantikan model GT empat tempat duduk (tetapi hanya dua pintu) V12 lain seperti FF dan GTC4 Lusso. 


Tiga Fasa Pengenalan


Ferrari memilih untuk mendedahkan model Elettrica secara berperingkat dalam tiga fasa, bermula dengan pendedahan butiran teknikal hari ini. Fasa kedua, pada tahun hadapan membabitkan pengumuman nama rasmi model, manakala fasa terakhir adalah pendedahan yang penuh dijadualkan pada pertengahan tahun depan dan bukannya Oktober 2026 seperti yang dilaporkan sebelum ini.


"Dengan pelbagai inovasi dalam Elettrica, kami perlu mempersembahkan setiap elemen secara berperingkat," ujar CEO Ferrari, Benedetto Vigna.


Ciri Teknikal Model Elektrik Ferrari


_H5A9270_8dd7c053-a899-4fcd-a349-006362809bf6.jpg


Di fasa pertama ini, Ferrari mendedahkan casis khas baharu yang menempatkan bateri besar berkapasiti 122 kWj, bersama empat motor elektrik yang menghasilkan kuasa minimum 1,000 hp. Teknologi suspensi aktif turut digunakan yang diinspirasikan dari model Purosangue dan supercar F80 terbaru.


15-Ferrari-Purosangue-MY-Premiere.jpg


Ferrari Purosangue


Dari segi dimensi dan saiz, sumber dalam talian meramalkan Elettrica akan mempunyai ukuran yang serupa dengan Purosangue namun dengan ketinggian roda dan jarak kelegaan yang lebih tinggi. Platform Elettrica juga digambarkan memiliki juntaian (overhang) minimum dan jarak roda yang sangat pendek yang diinspirasikan oleh model coupe enjin belakang yang ikonik Ferrari seperti 296 dan SF90.


Model ini disasarkan memiliki berat 2,300 kg, yang dijamin memberikan prestasi pengendalian paling dinamik tanpa mengorbankan keselesaan. 


_H5A1570_372183d2-6691-4ba2-9d3e-20fd6692fa38.jpg_H5A1525_3e5a89cf-b785-4fa6-83b5-576cba5ca522.jpg_H5A1562_cb029e0f-4da5-420e-be7e-8910a5c48a64.jpg_H5A1534_025915f9-af30-47c1-8224-12e13fca2e52.jpg


Elettrica bakal muncul dengan bateri berkapasiti tinggi iaitu 112 kWj serta ketumpatan sehingga 195 Wh/KG. Ia juga mampu menerima pengecasan DC pantas dengan input sehingga 350 kW.


Dengan binaan elektrikal 800V, model ini mampu menerima pengecasan pantas DC sehingga 350 kW, dengan jarak pemanduan mencecah 529 km. Bateri terdiri daripada 13 modul di bawah lantai dengan dua lagi di bawah tempat duduk belakang, dibangunkan sepenuhnya di Maranello menggunakan sel bateri SK On dengan ketumpatan tertinggi 195 Wh/kg.


_H5A1423_41674db6-d0ea-4fc7-8a69-41769e739994.jpg_H5A1259_ab63f57b-0ee6-4313-9aa0-0212a3ff2ead.jpg_H5A1317_c0612696-c72f-4b71-b88c-cb25a1e6cb53.jpg_H5A1300_0e97aa96-6fa3-481a-9a20-9422e5da8fc9.jpg


Sistem empat motor dijangka mampu menghasilkan kuasa mencecah 986 hp, membolehkan pecutan dari 0-100 km/j hanya dalam 2.5 saat. 


Gabungan motor elektrik menghasilkan kuasa lebih 986 hp, dengan pecutan 0-100 km/j dalam 2.5 saat dan kelajuan maksimum 309 km/j. Tork maksimum dianggarkan 3,498 Nm, lengkap dengan kawalan tork pada keempat-empat roda dan sistem stereng empat roda yang mampu membuat pusingan hingga 2.15 darjah di belakang.


_H5A1673_f60533a1-5d60-4640-b468-07451f647ba3.jpg_H5A1183_f7fe4183-9f93-478e-9e99-341ffbb4c4fd.jpg_H5A1187_5a344249-33f8-4876-926e-90ce5f6bc121.jpg


Aset utama lain yang terdapat pada casis model elektrik ini adalah termasuk kawalan tork vektor penuh pada keempat-empat roda, sistem stereng empat roda (4WS), serta sistem suspensi separa aktif 48 volt yang dipertingkatkan dari model Purosangue.


Sistem suspensi separa aktif voltan 48V yang dipertingkatkan dari teknologi Purosangue turut dipasang, dengan motor pada penyerap hentak di setiap roda bergerak mengikut beban dan kondisi jalan, dikawal oleh komputer pusat yang mengawal pemantauan dinamik sebanyak 200 kali sesaat.


_H5A1279_70016b3f-e8da-4d4a-b4ed-a5c9f435756a.jpg


Bunyi motor elektrik semasa "revving" pada Elettrica disamakan dengan penghasilan bunyi gitar elektrik.


Dedah Ferrari, walaupun sebuah model elektrik, Elettrica akan dibangunkan dengan kesan bunyi khas yang dihasilkan oleh motor elektrik ketika “rev” untuk keseronokan pemandu. 


Bukan Pengeluaran Terhad


Ferrari turut memaklumkan bahawa model Elettrica ini bukanlah sebuah edisi terhad, kerana ia akan dihasilkan secara besar-besaran mengikut permintaan pasaran. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF5583

SELANGOR

BSR5043

JOHOR

J9999J*

PULAU PINANG

PSD6749

PERAK

APJ7270

PAHANG

CFH1260

KEDAH

KGG9516

NEGERI SEMBILAN

NEK8713

KOTA KINABALU

SJS9746

KUCHING

QAB1758P

Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

08-03-2026
Kereta Baru

29-10-2025
Global

05-02-2025
Gaya Hidup

20-05-2024
Kereta Baru

22-11-2023
Kereta Baru

22-11-2023
Global

30-06-2023
Global

12-06-2023

Berita Terkini

EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.