Harga MGS5 EV: Kini Bermula Daripada RM107,900

Ada berita baik bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli MG55 EV memandangkan harga baharu MGS5 EV kini bermula daripada RM107,900.
,MGS5 ini didatangkan dalam tiga varian dimana varian MG S5 Com (49kWh) – RM107,900, MGS5 EV COM Long Range (62kWh) – RM117,900 manakala varian Lux Long Range (62kWh) pula berharga RM127,900.
Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, semakan harga itu menunjukkan komitmen untuk menjadikan pemilikan EV lebih mampu milik bagi rakyat Malaysia, selaras dengan persiapan kami ke arah strategi pemasangan tempatan.
“Dengan pelan pemasangan tempatan yang sedang dijalankan, kami mahu memastikan pelanggan menerima lebih nilai serta pilihan yang lebih luas ketika kami memperkukuh kehadiran MG di Malaysia," katanya.


Kedua-dua varian COM dan LUX dikuasakan oleh motor elektrik dengan output 170PS dan tork 250Nm menggunakan konfigurasi pacuan roda belakang yang merupakan satu-satunya dalam segmennya pada masa ini.
Varian COM menawarkan dua pilihan bateri berkapasiti 49kWh dan 62kWh dengan jarak pemanduan sehingga 340km dan 430km mengikut standard WLTP.
Varian LUX pula dilengkapi bateri 62kWh sebagai standard. Semua varian menyokong pengecasan AC 7kW manakala varian LUX turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW yang membolehkan pengecasan dari 10 peratus ke 80 peratus hanya dalam 26 minit.
Varian LUX turut menampilkan ciri premium seperti rim aloi 18 inci, bumbung suria panorama, kerusi kulit fabrik dengan logo MG berlubang, kerusi pemandu boleh laras kuasa, stereng kulit dengan pemanas, pad pengecas tanpa wayar, enam pembesar suara premium, pintu but kuasa serta kamera pandang keliling 360 darjah.

Dari segi reka bentuk, kedua-dua varian hadir dengan lampu hadapan LED bersama DRL bertema Racing Flag dan lampu belakang Arch Taillights ikonik MG.
Ciri lain termasuk fungsi Vehicle to Load, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, paparan infotainmen 12.8 inci dengan arahan suara, paparan instrumen digital 10.25 inci serta sistem konektiviti MG iSMART. Ruang but juga luas sehingga 1,441 liter termasuk ruang bawah lantai.
Semua varian hadir dengan Ultimate Ownership Package yang menawarkan penjimatan sehingga RM10,000 termasuk pengecas dinding 1 AC 7kW percuma atau pilihan untuk menerima kredit pengecasan.
Pelanggan yang mencari fleksibiliti tambahan juga boleh memilih Pakej Pembiayaan Ultimate MG yang disediakan melalui pengedar sah MG di seluruh negara.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX5041
SELANGOR
BSU8742
JOHOR
JH539J
PULAU PINANG
PSH2619
PERAK
APM7612
PAHANG
CFJ3544
KEDAH
KGJ7329
NEGERI SEMBILAN
NEM5235
KOTA KINABALU
SJV587
KUCHING
QAB9546P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge