ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

iCaur Malaysia Rasmi Pembukaan Pusat Jualan & Servis Di Damansara – Ada Nintendo!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ICAUR_1004.jpg


iCaur Malaysia memperluaskan rangkaiannya di Malaysia dengan perasmian cawangan baharu di iCaur Damansara melalui kerjasama dengan syarikat pengedaran, Carramax Luxe Sdn. Bhd. Pembukaan ini menjadikan iCaur Malaysia kini memiliki tujuh pusat jualan di serata negara, dengan rancangan untuk membuka lebih banyak cawangan pada suku keempat tahun ini. 


Fasiliti Lengkap & Mesra Pelanggan


CariCarz_iCaur-Damansara_-19.jpgCariCarz_iCaur-Damansara_-15.jpg


Menurut Pengarah Carramax Luxe Sdn. Bhd.,  Ricky Chia, sebagai pusat jualan utama, iCaur Damansara menjadi contoh terbaik rangkaian perkhidmatan iCaur Malaysia. Dari ruang santai yang menarik untuk pelanggan, bengkel badan dan cat komprehensif, hingga kepakaran teknikal yang tinggi, semua disediakan untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan. 


CariCarz_iCaur-Damansara_-18.jpgCariCarz_iCaur-Damansara_-02.jpg


Pusat yang berkeluasan 40,000 kaki persegi ini dilengkapi dengan ruang pameran yang boleh memuatkan sehingga lapan unit kenderaan, ruang penghantaran khas, serta lima pengecas EV yang disediakan khas untuk pelanggan. 


CariCarz_iCaur-Damansara_-10.jpg


Yang menariknya, ruang santai pelanggan dilengkapi dengan permainan video Nintendo, Wi-Fi percuma dan minuman ringan. 


Perkhidmatan Selepas Jualan Yang Komprehensif


CariCarz_iCaur-Damansara_-08.jpgCariCarz_iCaur-Damansara_-05.jpgCariCarz_iCaur-Damansara_-07.jpgCariCarz_iCaur-Damansara_-04.jpg


Sementara itu, ruang servis selepas jualan pula dilengkapi dengan lapan tapak khas penyelenggeraan yang lengkap, bahagian badan dan cat yang canggih, serta kemudahan pemasangan aksesori, pembalut dan lapisan pelindung (PPF) kenderaan. 


Lokasi & Waktu Operasi


CariCarz_iCaur-Damansara_-22.jpg


iCaur Damansara terletak strategik di Lot 2814, Jalan Damansara, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, dengan waktu operasi untuk pusat pameran bermula pada jam 9 pagi hingga 6 petang setiap Isnin hingga Sabtu dan 10 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Ahad serta cuti umum. Pusat servis pula beroperasi jam 8.15 pagi hingga 5.15 petan pada hari Isnin hingga Sabtu. Kunjungi laman web rasmi iCaur di www.icaur.com.my untuk maklumat lanjut.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9360

SELANGOR

BSU2574

JOHOR

JF3349J

PULAU PINANG

PSG1785

PERAK

APL9507

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3648

NEGERI SEMBILAN

NEM2016

KOTA KINABALU

SJU4390

KUCHING

QAB7165P

Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-09-2026
Kereta Baru

21-01-2026
Global
Kereta Baru
EV

07-11-2025
Kereta Baru

29-10-2025
EV

06-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan

Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?

05-10-2026
Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.