Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pada minggu lepas, pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.
Memandangkan ia masih belum dilancarkan secara rasminya di pasaran tempatan, SUV yang dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (AWD) serta penampilannya yang mengancam ini diuji di laluan trek sepanjang 2.8 km yang meliputi kawasan berlumpur dan juga di atas permukaan batu kerikil.
Hasil pandu uji ini membuktikan iCaur V23 berjaya menempuh pelbagai cabaran off-road, termasuk daki bukit, turun bukit curam, menelusuri selekoh tajam, serta permukaan tanah yang tidak rata dengan begitu lancar disebabkan keupayaan konfigurasi pacuan dua motor dengan sistem pacuan semua roda pintar (iWD) milik iCaur.


Selain daripada kuasa gabungan yang mampu menghamburkan kuasa setakat 211 PS dan 292 Nm, n V23 menawarkan sehingga enam mod pemanduan iaitu Comfort, Eco, Sport, Off-Road, Slippery, dan Individual.
Dengan sistem ini, SUV elektrik ini mampu mendaki maksimum sehingga 40%, manakala fungsi Hill Descent Control (HDC) dan Hill Hold Control (HHC) memudahkannya menuruni serta mendaki bukit curam dengan lancar.


Dari segi reka bentuk, V23 direka dengan keupayaan off-road dimana ia menawarkan sudut pendekatan 42 darjah, diikuti sudut pelepasan 41 darjah dengan jarak kelegaan tanah setinggi 210 mm. Malah, ia mampu meredah air sedalam 600 mm dengan begitu mudah.
Untuk membantu pemandu amatur mengendalikan V23 dengan mudah di laluan mencabar, SUV ini dilengkapi sistem kamera 540 darjah yang unik dengan paparan casis lutsinar, dimana pemandu boleh melihat bahagian bawah kenderaan.
Selain itu, terdapat mod paparan off-road khas yang memaparkan maklumat masa nyata seperti sudut kecondongan dan keolengan kenderaan serta tekanan tayar.
Selan kemampuan off-road yang mengagumkan, iCaur V23 inijuga sebenarnyanya sesuai digunakan sebagai kenderaan harian. Ia yang disumbat dengan bateri berkapasiti 81.8 kWh mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 430 km (mengikut piawaian NEDC).


Seperti mana, SUV elektrik lain, iCaur V23 juga hadir dengan pelbagai ciri menarik seperti skrin infotainmen tengah bersaiz 15.4 inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, keupayaan pemanduan separa autonomi Tahap 2, dan banyak lagi.



Bagi yang berminat, tempahan iCaur V23 kini boleh dibuat di mana-mana pengedar sah iCaur Malaysia. Difahamkan, SUV ini ditawarkan dengan pada harga sekitar RM145,000 untuk varian asas 2WD dan RM155,000 untuk varian iWD spesifikasi tertinggi yang diuji.

Sebagai perbandinga dengan iCaur 03 yang kini dijual antara RM119,800 hingga RM129,800, mana satu pilihan anda? SUV elektrik off-road lasak atau model yang lebih praktikal untuk kegunaan harian?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4425
SELANGOR
BSV1150
JOHOR
JH4055J
PULAU PINANG
PSH4006
PERAK
APM9459
PAHANG
CFJ4079
KEDAH
KGJ8106
NEGERI SEMBILAN
NEM5839
KOTA KINABALU
SJV1814
KUCHING
QAB197Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kit iCAUR V23 Edisi Retro Bermula Dari RM18,888
iCAUR Malaysia melancarkan kit iCAUR V23 Edisi Retro yang ditawarkan pada harga bermula dari RM22,000, sebentar tadi.
21-01-2026
SUV Off-Road Elektrik, iCAUR V23 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM119,800
iCAUR Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya iCAUR V23 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.
27-11-2025
MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23
Jenama iCaur sudah mendarat secara rasminya ke negara kita.
09-05-2025
Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025
iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6.
30-04-2025
Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia
Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.
25-04-2025
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Ramai Minat iCaur, Ada 1,800 Unit Di Malaysia
iCAUR Malaysia terus memecah rekod dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan apabila secara rasmi mencatatkan 1,800 unit kenderaan di jalan raya
16-03-2026
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

