Jetour Zongheng G700 Dilancar Di China, PHEV Ini Boleh Gerak Sejauh 1,400KM

Selain model daripada Omoda & Jaecoo serta Chery, Jetour Zongheng G700 dilancarkan pada Chery International User Summit (CIUS) 2025, yang diadakan di China, baru-baru ini.
Dilancarkan di bawah subjenama premium baharu Jetour, Zongheng, model G700 menampilkan rekaan SUV berkotak yang kini semakin popular, digabungkan dengan elemen gaya off-road yang agresif.


Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan gril hadapan besar dengan lampu utama LED berbentuk segi empat, pelindung bawah badan yang agak agresif, rim 20 inci dengan tayar HT, ada penutup tayar gantian pada pintu but, dan banyak lagi.

Sebagai SUV 4x4 bersaiz besar Jetour, G700 berukuran 5,198 mm panjang, 2,050 mm lebar, dan 1,956 mm tinggi dengan jarak roda 2,870 mm sekali gus menjadikannya sedikit lebih besar daripada GWM Tank 500 dan Toyota Land Cruiser 300.


Walaupun tampil lasak namun G700 menawarkan kabin yang mewah, dengan konfigurasi tempat duduk dua baris atau tiga baris dimana ia hadir dengan susun atur 2-2-2 dengan enam tempat duduk.
Di bahagian hadapan, pemandu disajikan dengan skrin meter digital 35.4 inci yang meliputi papan pemuka, serta skrin infotainmen tengah bersaiz 15.6 inci.
Walaupun dilengkapi dengan pelbagai skrin, SUV ini masih mengekalkan butang fizikal pada konsol tengah untuk kawalan sistem pendingin hawa, mod pemanduan, kunci pembeza (diff-lock) dan sebagainya. Tuil gear kini dipasang pada bahagian kanan stereng untuk akses lebih mudah.

Semua tempat duduk dalam G700 dibalut dengan kulit sintetik mewah, dan tempat duduk barisan pertama serta kedua mempunyai fungsi kuasa, pemanas dan penyejuk.
Penumpang barisan kedua ditawarkan dengan skrin infotainmen khas yang dipasang pada bumbung, namun ciri ini ada pada varian tertinggi.Tidak ketinggalan, pembesar suara Lexicon, lampu suasana pelbagai warna, bumbung panoramik terbahagi, dan banyak lagi.


Di sebalik penampilan lasaknya, G700 menggunakan sistem hibrid plug-in Kunpeng milik Chery, yang digerakkan oleh enjin turbodiesel 2.0 liter empat silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 208 hp dan 340 Nm. Enjin ini digandingkan dengan dua motor elektrik serta transmisi hibrid khas dua kelajuan (DHT) untuk menghasilkan kuasa gabungan 892 hp (665 kW) dan tork 1,135 Nm.
Ini membolehkan SUV besar ini mampu memecut dari 0–100 km/j dalam hanya 4.6 saat. Ia yang disumbat dengan pek bateri LFP 31.4 kWh, memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 150 km, serta jarak keseluruhan sehingga 1,400 km apabila digabungkan dengan tangki bahan api 100 liter.

Dari segi pengecasan, bateri ini menyokong pengecasan pantas 4C, membolehkan pengecasan 20% hingga 80% hanya dalam 10 minit.
Untuk membuktikan keupayaan sistem PHEV-nya, Jetour berjaya memandu G700 merentasi Sungai Yangtze di Wuhu, China, meliputi jarak 1.5 km pada kelajuan sekitar 5–10 km/j.

Cabaran ini turut mempamerkan pelbagai ciri teknologi canggih G700, termasuk penjana oksigen luaran, giroskop enam paksi, badan tanpa lubang dengan kemasan cat penuh, sistem peredaran udara aktif, dan banyak lagi.
Jualan Jetour Zongheng G700 PHEV telah pun bermula di China, dengan harga antara CNY 329,900 hingga CNY 414,900 (sekitar RM195,724 hingga RM246,153).

Kumpulan Chery sebelum ini menyatakan hasrat untuk mengeksport model ini ke pasaran antarabangsa, jadi adakah Jetour G700 akan tiba di Malaysia dalam masa terdekat ini?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5876
SELANGOR
BSV4642
JOHOR
JJ5124J
PULAU PINANG
PSH7534
PERAK
APN4075
PAHANG
CFJ5301
KEDAH
KGK1232
NEGERI SEMBILAN
NEM7631
KOTA KINABALU
SJV4558
KUCHING
QAB1676Q
Terakhir Kemas Kini 29 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Perkenal 3 SUV Mewah Terbaru, Jetour Zongheng – Lasak & Futuristik
Jenama di bawah syarikat automotif Chery, Jetour, memperluaskan portfolionya dengan pengenalan siri SUV off-road hibrid mewah, Zongheng.
27-01-2025
Berita Terkini
Nissan NV200 Generasi Baharu Didedah, 496 Hp & AWD
Nissan NV200 mungkin hadir dalam versi PHEV sahaja.
27-11-2026
Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k
Jetour TX EV Rasmi Tiba, Saingan Baharu SUV Kompak.
25-11-2026
Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747
SUV BYD Denza B5 Cipta Rekod Tarik Pesawat Seberat 180 Tan.
25-11-2026
Panggil Balik Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas
Beg Udara Takata, Honda Toyota beberapa model yang terjejas.
24-11-2026
296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan
Ferrari dedah 296 Challenge Stradale sah jalanan dan 296 Challenge Evo 2027. Tampil dengan enjin V6 700 hp tanpa hibrid dan berat ringan 1,330 kg.
23-11-2026
Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447
Pelancong Malaysia Disaman Gara-Gara Buat Onar Di Negara Orang.
16-11-2026
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak
Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.
13-11-2026
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge