Kegiatan Sorok Kereta Mewah Import Dalam Gudang Akhirnya Dikesan Kastam

Macam-macam helah dibuat namun pihak berkuasa tetap dapat menghidu kegiatan menyembunyikan 14 kereta mewah import di dalam sebuah gudang tamat lesen di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Antara kenderaan yang dirampas dalam operasi pada 9 September lalu adalah Porsche 911 GT3RS, Mercedes-Benz S680 Maybach dan GLA35, Lexus RX300 dan Toyota Harrier.
Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata, siasatan mendapati premis itu masih beroperasi walaupun lesen telah tamat tempoh sejak lima bulan lalu. Katanya, setiap gudang kenderaan diberikan lesen selama 48 bulan bagi tujuan pengoperasian.
“Kesemua kenderaan adalah kategori ‘recond’ dan tidak mempunyai pembeli. Sebanyak 14 kenderaan yang disita itu bernilai RM3.34 juta termasuk cukai,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kenderaan termahal yang dirampas ialah Mercedes-Benz S680 Maybach berharga RM752,000, manakala Porsche 911 GT3 RS pula dianggarkan RM554,000.
Malah, pihak kastam turut merampas 1,314 liter minuman keras bernilai RM268,189 termasuk cukai di Zon Bebas Pelabuhan Barat pada 6 Oktober lalu. Siasatan mendapati barangan dari sebuah negara Eropah itu masuk ke negara ini pada 14 September lalu.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) dan (d) Akta Kastam. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau RM500,000, mana lebih tinggi atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!
Mercedes-Benz Terapkan Kemewahan S-Class Pada adidas Samba OG.
06-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Merc Terbakar: Nasib Pemandu, Penumpang Sempat Keluar
Tular di internet yang menunjukkan sebuah Mercedes-Benz terbakar di tepi jalan.
19-02-2024
CLE Cabriolet Nampak Sporty Sebab Bumbungnya
Tempahan Mercedes-Benz CLE Cabriolet sudah dibuka.
08-02-2024
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Tempoh Menunggu Mercedes-Benz Cecah 6 Bulan
Tempoh menunggu Mercedes-Benz Malaysia cecah 6 bulan.
25-07-2022
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge