ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga

Sofea Najmi

27-3-2023

Kongsi melalui



Kehadiran Mercedes-AMG A 45 generasi W177 membuktikan prestasi bukan ‘hak eksklusif’ kereta sport yang biasa kita lihat kerana sebuah hatchback juga mampu memberikan prestasi yang memacu adrenalin. 


Digelar super-hatch, Mercedes telah melengkapkan model ini bukan sahaja dengan prestasi yang hebat, tetapi juga gaya dan pelbagai ciri mewah yang sudah menjadi trademark jenama bintang tiga penjuru ini. CariCarz berpeluang untuk memandu uji model ini dan ini pendapat kami…




PANDANGAN PERTAMA


Perkara pertama yang menjadi perhatian ialah bagaimana reka bentuk A45 S W177 kali ini kelihatan lebih ‘matang’ berbanding generasi W176. Gaya agresif yang membezakan model AMG ini dengan model A-Class lain masih dikekalkan dengan gril ‘Panamericana’ pada bahagian hadapan.




Ini disempurnakan lagi dengan kehadiran elemen aerodinamik yang mengapit bampar hadapan, spoiler pada bahagian belakang bumbung, peresap, paip ekzos 'quad' serta rim aloi AMG 19 inci dalam dua tona dengan kaliper brek berwarna merah. 


KABIN YANG SPORTY




Bergerak ke bahagian dalam, ruang kabin masih direka menggunakan formula yang sama seperti model A-Class lain. Ia dilengkapkan dengan sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX). Panel paparannya berukuran 10.25 inci kelihatan seolah-olah terapung pada papan pemuka. Kemasan aluminium dan warna hitam berkilat digunakan pada pelbagai sudut dalam ruang kabin. 





Sebagai sebuah model prestasi AMG, beberapa ciri khasnya dapat dilihat seperti penggunaan tempat duduk sport jenis semi-bucket dan stereng sport AMG dalam balutan kulit dan Alcantara yang dikemaskan dengan jahitan berwarna merah. Selain itu, tali pinggang dan juga paparan pada skrin juga adalah khas bagi model AMG. 





Kabin ini turut dipenuhi dengan pelbagai kemudahan dan teknologi seperti pad pengecas tanpa wayar, kebolehan sambungan Apple CarPlay, fungsi arahan suara MBUX Mercedes-Benz dan banyak lagi. 


PEMANDUAN YANG MEMACU ADRENALIN




Sebaik enjin dihidupkan, terserlah karakter agresif kereta melalui bunyi yang dihasilkan melalui lubang ekzosnya. Walau dengan peraturan emisi Eropah diperketatkan tidak bermakna deruman ekzos hilang ke'padu'an, namun, dapat dirasakan wujud perbezaan dengan model terdahulu yang lebih dramatik.




Bagi sebuah hatchback pada saiz ini, kadar pecutan dan kelajuannya cukup menakjubkan (peringatan: tidak sesuai bagi yang memiliki masalah jantung), prestasinya sudah dapat dirasakan walaupun sebelum Dynamic Select dikeluarkan daripada mod ‘Comfort’ kepada mod lain yang lebih berkuasa seperti ‘Sport’, ‘Sport+’ atau ‘Race.’




Dengan mod ‘Comfort’ kereta boleh mencapai kuasa 415 hp dan 500 Nm yang dijana oleh enjin 4 silinder 2.0L. Keseronokan memecut ditambah lagi dengan fungsi ‘Launch Control.’


Bagi menggunakan fungsi ‘Launch Control,’ mod Sport’, ‘Sport+’ atau ‘Race’ perlu diaktifkan terlebih dahulu. Ini diikuti dengan tekanan penuh pada  pedal brek dan pedal minyak untuk memacu kuasa. Tindakan ini perlu dilakukan selama beberapa saat sebelum brek dilepaskan untuk merasai kuasa pecutan 0-100 km/j dalam masa kira-kira 3.9 saat. Kepantasan yang hampir menyamai Porsche 911 Carrera S yang mencatatkan masa 3.5 saat, tetapi dijual pada harga yang dua kali ganda lebih tinggi berbanding A45 S. 




Sewaktu pecutan, terserlah kemampuan sistem pacuan semua roda 4MATIC+ dan juga ketangkasan transmisi automatik Speedshift DCT AMG 8-kelajuannya yang digabungkan dengan enjin 4-silinder ini. Gandingan sistem inilah yang membolehkan kereta mencapai ketangkasan luar biasa dalam badan sebuah hatchback. 




CIRI KESELAMATAN YANG TIDAK MENGECEWAKAN


Mercedes-AMG A 45 W177 dilengkapkan dengan sistem keselamatan seperti kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan autonomi, amaran dan mitigasi keluar lorong, serta amaran dan informasi titik buta. 


Sudah semestinya ia lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan asas seperti ABS, pakej kawalan kestabilan dan cengkaman, cagak Isofix untuk kerusi kanak-kanak dan tujuh beg udara.


KOS PEMILIKAN




Sepertimana kebanyakan model prestasi lain, kos pemilikan dan penjagaan pastinya tidak murah, terutama sekali jika dilihat dari aspek kadar penggunaan minyak. 


Mercedes-Benz menyatakan purata penggunaan minyaknya ialah 8.3L/100 km. Tidak mustahil untuk mencapai kadar penggunaan minimum ini  sekiranya  anda mampu menahan diri daripada sering 'melenjan' kereta di jalan raya. Sekiranya mampu, dengan minyak 51L, kereta dianggarkan boleh mencapai jarak perjalanan maksimum sejauh 612 km.




Juga diingatkan bahawa model ini menggunakan enjin 4-silinder 2.0L AMG yang memerlukan bahan api bergred tinggi, RON97, di samping pelincir enjin berprestasi tinggi. Bergantung kepada cara penggunaan dan sekerap mana prestasi kenderaan diuji, bahagian-bahagian seperti pad brek,  cecair dan sebagainya perlu ditukar dari masa ke masa. 




Jelas bahawa kos penjagaan super-hatch ini tidak begitu mesra poket. Namun jika dilihat dari aspek kualiti perkhidmatan pasca jualan dan servis yang ditawarkan Mercedes-Benz Malaysia serta pengedar utamanya, pasti dapat menyejukkan hati. 


JADI, BERBALOI ATAU TIDAK?




Hatchback AMG pertama yang boleh mencapai kuasa 400 hp ini juga adalah hatchback pertama yang dijual pada harga melepasi RM400k – RM481,888, harga atas jalan, tanpa insurans. Harganya boleh dikatakan agak tinggi jika dibandingkan dengan kereta sport ‘sebenar’ lain dalam pasaran seperti Porsche 718 Boxster dan Cayman yang masing-masing dijual pada harga bermula RM515,000 dan RM555,000.


Namun, jangan lupa, Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ bukan sekadar mampu mencapai kuasa maksimum yang tinggi, tetapi juga lebih versatil yang menjadikannya juga sesuai untuk kegunaan harian. Bukan itu sahaja, ia menggunakan trenkuasa asas yang sama dengan C63 S AMG baharu.


SPESIFIKASI

Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+

ENGINE­­

Petrol berpengecas turbo 4-silinder 2.0L

TRANSMISSION

Speedshift DCT AMG 8-kelajuan, AWD

POWER

415 HP (421 PS) @ 6,750 RPM

TORQUE

500 NM @ 5,000 RPM

0-100 KM/H

3.9 saat

V-MAX

270 KM/J

ECONOMY

8.3L/100 KM (WLTP)

WEIGHT

1,550 KG

PRICE

RM481,888

(tidak termasuk insurans)

 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC1440

SELANGOR

BSE4486

JOHOR

JXW5014

PULAU PINANG

PRQ3484

PERAK

ANV3498

PAHANG

CFB6586

KEDAH

KGA4254

NEGERI SEMBILAN

NEF7147

KOTA KINABALU

SJK7403

KUCHING

QAB3070L

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
Aston Martin Bangunkan Teknologi Infotainmen Sendiri, Tinggalkan Sistem COMAND Mercedes

Aston Martin Bangunkan Teknologi Infotainmen Sendiri, Tinggalkan Sistem COMAND Mercedes

Aston Martin akan memperbanyakkan lagi produk keluaran syarikatnya termasuk pengenalan barisan kereta sport.

13-03-2023
Berita Auto
Pemilik Mercedes-Benz Dapat Rasai Pengalaman Mewah Menerusi Acara  "Mercedes-Benz Star Experience".

Pemilik Mercedes-Benz Dapat Rasai Pengalaman Mewah Menerusi Acara "Mercedes-Benz Star Experience".

Pengedar terkemuka untuk Mercedes-Benz di Malaysia, Cycle & Carriage (C&C) menganjurkan acara eksklusif, Mercedes-Benz Star Experience di Autohaus Cycle & Carriage di Johor Bahru baru-baru ini.

09-03-2023
Berita Auto
Kereta Terbakar, 4 Nyaris Rentung

Kereta Terbakar, 4 Nyaris Rentung

Empat individu terselamat apabila kereta Perodua Axia dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 3, Jambatan Pulau Pinang semalam.

24-02-2023
Berita Auto
Edisi Terhad Mercedes-AMG SL63 Dengan Sentuhan Kereta Lumba F1 Petronas Diperlihatkan

Edisi Terhad Mercedes-AMG SL63 Dengan Sentuhan Kereta Lumba F1 Petronas Diperlihatkan

Mercedes-AMG baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran varian edisi terhad “Motorsport Collectors Edtion” bagi roadster SL63.

14-01-2023
Berita Auto
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?

Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?

Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.

12-01-2023
EV
Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!

Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!

Mercedes-Benz telah mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Amerika Utara, Eropah, China dan pasaran utama yang lain.

08-01-2023
Berita Auto
Ibu, Anak Terkorban!

Ibu, Anak Terkorban!

Seorang wanita bersama bayinya yang berusia tiga bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

12-10-2022
Global
Kemalangan Ngeri, BMW Nafi Babitkan Teknologi Pandu Sendiri

Kemalangan Ngeri, BMW Nafi Babitkan Teknologi Pandu Sendiri

Kemalangan maut melibatkan empat buah kenderaan di lebuh raya Jerman.

17-08-2022

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.