Kejohanan E-Racing Toyota GR Malaysia Pusingan Akhir Berlangsung Hujung Minggu Ini

Kejohanan E-Racing Toyota Gazoo Racing (GR) Malaysia 2025 akan melabuhkan tirainya pada hujung minggu ini, 10 hingga 11 Oktober, dengan pusingan akhir yang berlangsung di Sunway University. Seramai 20 pelumba simulasi terbaik negara akan bertarung merebut gelaran juara dalam pelbagai kategori.
Peserta akan bersaing untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM123,000. Berbeza tahun ini, selain platform Gran Turismo 7, kejohanan turut membabitkan platform simulator popular lain seperti Assetto Corsa, RaceRoom dan iRacing. Ini membolehkan lebih banyak bakat baharu dicungkil sehinggakan 35% peserta separuh akhir tahun ini terdiri daripada wajah-wajah baharu yang membuktikan persaingan kini semakin sengit.
Dua Kelas Utama: Pro dan Campus Tour
Kejohanan dibahagikan kepada dua kelas, Pro dan Campus Tour. Kelas Pro bermula pada Mei lalu dengan tiga pusingan kelayakan, membabitkan pertarungan sengit antara 40 pelumba untuk mara ke suku akhir dan seterusnya 20 pelumba terbaik ke peringkat separa akhir. Bagi kelas Campus Tour pula, TGR Malaysia telah mengunjungi lapan universiti awam dan swasta, bagi memilih 10 pelumba terpantas di setiap kampus untuk bertanding di peringkat nasional.
Peluang Melangkah ke Peringkat Antarabangsa

Juara pusingan akhir akan menjadi wakil Malaysia ke Kejohanan TGR Asia Esports GT di Bangkok pada November untuk menentang pelumba daripada Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura. Malaysia akan mempertahankan gelaran selepas kemenangan empat kali berturut-turut oleh juara GR GT Cup Malaysia, Taj Izrin Aiman.
Program Pembangunan Bakat Muda
-17-full.jpg)
-16-full.jpg)
-11-full.jpg)
-13-full.jpg)
Pada masa yang sama, pendaftaran untuk Program Pembangunan Bakat Muda Toyota Gazoo Racing dibuka kepada individu berumur 16 hingga 22 tahun dengan pengalaman dalam perlumbaan simulator atau karting. Peserta terpilih akan diberi peluang berlumba dalam Rookie Class Vios Challenge musim 2026. Tiga pelumba hasil dari siri Campus Tour kini telah berjaya melangkah ke perlumbaan Touring Car yang sebenar.
Acara Terbuka & Siaran Langsung

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan perlumbaan ini secara langsung di Sunway University tanpa bayaran masuk. Acara juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran rasmi media sosial Toyota Gazoo Racing Malaysia. Selain berlumba, pengunjung berpeluang merasai pengalaman menggunakan simulator dan membeli barangan rasmi Toyota.
Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah eksklusif iaitu pengalaman VIP di pusingan akhir perlumbaan Vios Challenge musim ke-8 yang akan berlangsung pada Januari 2026, termasuk peluang menaiki kereta lumba di Litar Antarabangsa Sepang.
Baca: Toyota GR LH2 Racing Concept Didedahkan, Guna Sistem Hibrid Hidrogen
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8217
SELANGOR
BST4496
JOHOR
JD6023J
PULAU PINANG
PSF3276
PERAK
APL2518
PAHANG
CFH6251
KEDAH
KGH8697
NEGERI SEMBILAN
NEL6914
KOTA KINABALU
SJT9016
KUCHING
QAB5169P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat