Kia Carnival Facelift Dilancar Di Thailand, Rupanya Unit CBU Dari Malaysia!

Kia Carnival generasi keempat versi facelift sudah pun dilancarkan di Thailand, baru-baru ini.
Berbeza dengan model Indonesia, pasaran Thailand hanya akan menerima Carnival facelift dalam bentuk hibrid (HEV) dengan dua varian iaitu Premium 7-tempat duduk dan Luxury 7-tempat duduk.
Apa yang cukup menarik ialah menurut portal automotif tempatan Headlightmag, Carnival HEV spesifikasi Thailand sebenarnya unit CBU dari Malaysia.
Varian Premium dijual pada harga 2.499 juta bhat (RM324,500) manakala satu lagi, varian Luxury pula berharga 2.699 juta bhat (RM350,470) .

Untuk makluman, sistem HEV bagi Carnival facelift ini disumbat dengan enjin petrol 1.6 liter 4-silinder turbo yang digabungkan dengan satu motor elektrik yang memacu roda hadapan, serta disokong oleh transmisi automatik enam kelajuan.
Untuk itu, sistem HEV baharu ini mampu menghasilkan kuasa setakat 242 hp dan 367 Nm untuk Carnival Hybrid, menjadikannya sedikit lebih berkuasa berbanding varian lain, walaupun versi hibrid ini masih belum mampu menandingi tork tinggi model diesel.
Sebagai perbandingan, Carnival spesifikasi Indonesia menggunakan enjin diesel 2.2D SmartStream yang menghasilkan 191 hp dan 441 Nm.


Dari segi reka bentuk, Carnival facelift spesifikasi Thailand mengikuti perubahan yang sama seperti versi Indonesia, dimana ia hadir dengan lampu utama LED baharu serta lampu siang Star Map DRL yang diinspirasikan daripada SUV elektrik unggul Kia, iaitu Kia EV9.


Jentera ini menggunakan rim aloi 19 inci, lampu belakang LED berbentuk L jenis terbalik, kedudukan plat nombor yang lebih rendah, dan pelbagai ciri lain.

Menjengah bahagian kabinnya, kedua-dua varian Carnival facelift mengekalkan susun atur tiga baris tempat duduk dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, termasuk dua tempat duduk gaya kapten di baris kedua.
Varian tertinggi turut menampilkan skrin ran berkembar bersaiz 12.3 inci, paparan unjuran (HUD), cermin pandang belakang digital, tempat duduk baris kedua premium dengan fungsi ventilasi dan sokongan ottoman, bumbung suria panoramik berkembar, serta sistem audio Bose 12 pembesar suara.


Antara kelengkapan lain yang disertakan untuk kedua-dua varian termasuk tempat duduk hadapan laras kuasa lapan arah, pintu gelangsar berkuasa, kawalan suhu tiga zon dengan panel kawalan khas di belakang, pengecas tanpa wayar Qi, sistem kamera 360 darjah, dan banyak lagi.


Dengan pengeluaran Carnival facelift yang dilaporkan telah bermula di Malaysia, dijangka MPV separa elektrik ini akan dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan tidak lama lagi.
Jualan Carnival versi diesel sedia ada telah merosot sejak pelaksanaan subsidi bahan api diesel yang diselaraskan, maka terdapat kemungkinan bahawa hanya varian HEV akan ditawarkan untuk model facelift ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW4824
SELANGOR
BSU7058
JOHOR
JG6045J
PULAU PINANG
PSH271
PERAK
APM5875
PAHANG
CFJ2852
KEDAH
KGJ6462
NEGERI SEMBILAN
NEM4429
KOTA KINABALU
SJU8092
KUCHING
QAB8745P
Terakhir Kemas Kini 29 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge