- Berita
- Berita Auto
- Laluan Kereta Api Pasir Mas-Rantau Panjang Bernilai RM264 Juta Akan Dinaik Taraf, Tahun Depan
Laluan Kereta Api Pasir Mas-Rantau Panjang Bernilai RM264 Juta Akan Dinaik Taraf, Tahun Depan

Projek naik taraf laluan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang bernilai RM264 Juta akan dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, projek itu diluluskan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi tahun 2026 dan akan dilaksanakan oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC), dengan proses perolehan dijangka bermula pada suku pertama tahun depan.
Difahamkan, pelaksanaan projek berkenaan bertujuan mengaktifkan semula laluan itu bagi perkhidmatan tren penumpang dan kargo, sekali gus memperkukuh hubungan rel rentas sempadan Malaysia-Thailand melalui sambungan ke Sungai Golok, Thailand.

"Projek ini dijangka dimulakan tahun depan selepas proses perolehan selesai dan dijadualkan siap dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kerja naik taraf bermula.
"Skop projek ini meliputi kerja tanah dan landasan, pembinaan pagar, naik taraf Stesen Pasir Mas dan Rantau Panjang serta penambahbaikan sistem semboyan dan komunikasi," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar bagi Kementerian Pengangkutan (MOT) di Dewan Rakyat.
"Apabila siap kelak, laluan ini dijangka memperkasa aktiviti ekonomi sempadan, memudahkan pergerakan barangan serta pelancong, dan menjadi komponen penting dalam usaha kerajaan memperkukuh keterhubungan rel serantau di Pantai Timur," katanya.
Dalam pada itu, Loke menegaskan kerajaan tidak pernah mengetepikan keperluan pembangunan pengangkutan awam dalam menyokong mobiliti rakyat dan pertumbuhan ekonomi di Wilayah Utara serta Pantai Timur.
Ini kerana terdapat beberapa projek mega sedang dijalankan di Pantai Timur seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) iaitu perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo berkapasiti tinggi yang moden serta cekap untuk manfaat rakyat Pantai Timur.
Projek ECRL merangkumi jajaran sepanjang 665 kilometer (km) dengan 20 stesen di empat negeri iaitu Kelantan (dua stesen), Terengganu (enam), Pahang (tujuh) dan Selangor (lima) yang menghubungkan Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, dan dijangka siap serta mula beroperasi pada 2027.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat